gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Ameera Khan Terharu Netizen Doa & Restui Hubungan Dengan Jefri Nichol - “Sekarang Saya Nak Menangis Di Bucu Katil”
BERITA
Luluh Hati! Sembilan Anak Doktor Korban Baharu Di Gaza
VIRAL
Komen Lucah Terhadap Anak Dr Amalina, Pemungut Sawit Didenda RM3,000!
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
BERITA

Tiga Beranak Di Ulu Tiram Maut Melecur, Rumah Terbakar

gempak
Awani
17/01/2025
06:55 MYT
Sponsor Banner
Tiga Beranak Di Ulu Tiram Maut Melecur, Rumah Terbakar
Tiga Beranak Di Ulu Tiram Maut Melecur, Rumah TerbakarTiga sekeluarga maut dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Limau Manis, Kampung Oren, Ulu Tiram, Johor Bahru.
Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Ng Geok Choo, 63, anak perempuannya, Lee Chiw Yong, 30, dan cucu perempuan, Chen Si Jing, 11.

BERITA BERKAITAN: Kilang Kitar Semula Terbakar Di Pengkalan Chepa

BERITA BERKAITAN: Nahas Pesawat Azerbaijan: Penumpang Sempat Mengucap Kalimah Syahadah Sebelum Terhempas

Seorang lagi mangsa iaitu cucu lelaki berusia 12 tahun selamat dan cedera di muka serta tangan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Mohd Faiz Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran pada jam 2.46 pagi pada Jumaat.
Katanya, kebakaran melibatkan rumah berstruktur kekal bersaiz 24x30 kaki dengan memusnahkan 80 peratus. "Setibanya Pasukan Keluar Operasi (PKO) di tempat kejadian, terdapat empat mangsa terperangkap dalam rumah.
"Tiga mangsa ditemui dalam keadaan melecur seluruh badan, masing-masing di bilik tidur hadapan dan seorang di bilik air.

"Mangsa yang terselamat dipercayai berada di ruang tamu ketika kejadian. Dan anggota bomba memecahkan grill pintu hadapan utama premis untuk memasuki premis,"katanya dalam satu kenyatan pada Jumaat.

Mangsa yang cedera kini dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) selepas menerima rawatan awal.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak mengesahkan kejadian tersebut.
Sumber: Awani
Topic Berkaitan
#Beranak
#Maut
#Tiga
Must-Watch Video