Penyanyi terkenal antarabangsa, Adele meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-33 hari ini.

Menerusi tinjauan Gempak, penyanyi lagu Rolling in the Deep ini menerima ribuan ucapan daripada peminatnya di seluruh dunia di Instagram.

Meskipun Adele masih belum berkongsi sebarang posting terbaru pada hari istimewanya, para peminat memilih untuk 'menyerbu' ruangan komen pada perkongsian terakirnya pada 25 Januari lalu.

Ada juga antara peminat yang mengharapkan penyanyi kesayangan ramai ini berkongsi sesuatu sempena hari kelahirannya kali ini.



Sekadar info, pemilik nama sebenar Adele Laurie Blue Adkins ini mulai aktif dalam bidang muzik pada sekitar 2006 dan berjaya membina nama sehingga kini.

Antara selebriti popular lain yang turut menyambut ulang tahun kelahiran hari ini adalah Chris Brown dan Henry Cavill.

Kredit Foto: L'officiel USA