Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tiga Cara Mudah Nak Tampil Cun Melecun di Raya Ini... Cara No 3 Paling Mudah!

Kamaruddin Razal
21/06/2018 11:36 MYT
Nampaknya ramai yang masih bersedih apabila bulan Ramadan meninggalkan kita. Dalam kita bersedih kerana terpaksa berpisah dengan bulan mulia, pastinya ramai insan yang meraikan Hari Lebaran dengan penuh kesyukuran.

Di luar sana, pastinya ramai individu yang membuat persiapan untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri, terutamanya kaum hawa.

Antara topik yang menjadi perbualan ramai wanita yang menyambut Syawal ialah bagaimana mahu kelihatan anggun di Hari Raya. Bukan pagi Raya sahaja tetapi majlis rumah terbuka juga!

Kami senaraikan cara mudah untuk anda ikuti agar penampilan anda menyambut Syawal cun melecun!

1. Pakaian menawan
Sarungkan pakaian atau busana yang menawan ketika menyambut Hari Raya. Tidak semestinya anda di luar sana harus beraya dengan busana baru, wanita harus pandai untuk menggayakan pakaian lama dan menggunakan kreativiti sendiri untuk 'mix and match'.

2. Keyakinan diri
Tiada gunanya jika anda menyarungkan pakaian yang menawan tanpa ada rasa yakin diri. Anda merupakan pendorong terbaik untuk diri sendiri. Tanamkan rasa tersebut untuk tampil lebih hebat menyambut lebaran. Jangan lupa untuk senyum kerana senyum itu meningkatkan lagi kemanisan wajah serta menampakkan anda sebagai seorang yang yakin dan menyerlah di antara yang lain!

3. Oleskan alat solek
Ha, jangan lupa untuk menggunakan alat solek bagi menambahkan kemanisan kepada penampilan anda sebagai seorang wanita.

Untuk mencapai impian bagi kelihatan anggun dan jelita di sambutan Syawal ini, gunakan rangkaian produk berkualiti Mary Jardin!



Serlahkan penampilan anda dengan Lip Matte, BB Cushion dan Liquid Foundation. Dengan penggunaan tiga produk utama ini, anda dapat menampilkan serta mempersonakan kejelitaan yang ada dalam diri anda.


Dengan Mary Jardin, anda pasti menyerlah jauh dari yang biasa. Mary Jardin, impian setiap wanita!

Untuk informasi lanjut mengenai produk bekualiti keluaran Mary Jardin, jangan lupa layari laman sesawang www.maryjardin.co
#Advertorial #Mary Jardin
;