,
Hiburan

Tiga Filem Seram Dari Indonesia Akan Menerjah Anda Sepanjang Jun Ini!

Asraf Aided
06/06/2020
12:02 MYT
Berita baik kepada peminat filem seram, Jun ini, Astro First menyajikan tiga filem seram dari Indonesia untuk tontonan anda di rumah.
Dengan hanya RM15 (tidak termasuk cukai), anda berpeluang untuk menonton filem yang disewa dalam masa 48 jam.
Mari semak semula tiga filem yang akan 'menghantui' anda sepanjang bulan ini.
1. Perempuan Tanah Jahanam
Mengisahkan kisah misteri dialami Maya, filem arahan Joko Anwar ini telah berada di Astro First sejak 21 May lalu.
2. Si Manis Jembatan Ancol
Filem yang mengisahkan seorang wanita bernama Maryam telah dibunuh oleh suaminya sendiri. Anda boleh mendapatkan filem ini bermula dua hari lalu (4 Jun 2020).
3. Perjanjian Dengan Iblis
Mengisahkan kisah misteri di sebuah pulau dan makhluk halus yang dilihat oleh seorang anak, ibu dan bapa tiri. Perjanjian Dengan Iblis akan menemui anda mulai 11 Jun ini.
Semoga tiga filem ini mampu membuatkan anda meremang bulu roma di rumah!
Sewa sekarang di Astro First di melalui on demand atau Saluran 480.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tak Berani Buat Pembedahan Plastik, Yuni Shara Tegangkan Kulit Leher

gempak
08/09/2024
13:45 MYT
Melihat kepada wajah awet mudanya meski sudah berusia 52 tahun, ramai yang menyangka penyanyi Yuni Shara melakukan pembedahan plastik.
Viral

Tarik Tudung Isteri Hingga Tertanggal Hanya Kerana Minta Beli Gincu

gempak
05/09/2024
13:25 MYT
Insiden di sebuah pasar raya mini di Indonesia pada minggu lalu yang dirakamkan sistem kamera litar tertutup (CCTV) itu dikongsikan @vhiras5 di TikTok dan pemilik akaun @folkshitt di Instagram.
Terkini

Tanah Jerlus Masjid India: Lokasi Terus Jadi Tumpuan, Tular Hingga Ke Indonesia

gempak
02/09/2024
02:33 MYT
Seorang pelancong dari Indonesia, Effy Susanti Umar Said, 46, berkata, berita mengenai kejadian terbabit diketahui menerusi aplikasi TikTok yang tersebar secara meluas di negaranya.
Terkini

Pawang Gagal 'Hentikan' Hujan Diusir

gempak
29/08/2024
06:56 MYT
Pejabat Gabenor Aceh melahirkan rasa kesal dengan kehadiran seorang bomoh hujan di stadium Harapan Bangsa bagi melakukan upacara 'menghentikan' hujan kerana disifatkan sebagai tidak selari dengan syariat Islam.
Hiburan

Konsert Cokelat Kembali 7 September Di KL Batal!

gempak
28/08/2024
04:03 MYT
Konsert kumpulan dari Indonesia, Cokelat yang sepatutnya berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, di sini, pada 7 September ini dibatalkan.