Semakin mendekati tarikh tayangan, semakin ramai peminat juri-juri yang terlibat berasa teruja untuk melihat gelagat selebriti kesayangan mereka.
Menerusi pemerhatian di akaun Instagram MeleTOP (@meletop), rata-rata peminat Chubb-E, Khai Bahar, Linda Nanuwill dan ramai lagi meninggalkan komen seakan tak sabar menunggu ATNMY.
"Ada Khai Bahar wajib tengok ni!
"Khai Nana, tak sabarnya nak tengok.
"Tak sabar nak tengok Linda Nanuwill.
"King Chubb-E in da house!
"My boiiii C!" tulis netizen.
Nantikan pencarian penyanyi kegemaran Malaysia bersama hos, Sherry Alhadad dan Kapten Juri, Datuk AC Mizal serta 49 lagi juri lain, ATNMY 6 Jun 2021, setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria dan Astro Go!
Untuk makluman, promo dan program ATNMY dirakam ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan.
Segala prosedur operasi standard (SOP) telah dipatuhi dan penjarakan fizikal tetap dijaga. Jangan risau, sama-sama kita nantikannya!
