Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Tiga Jurusolek Lelaki Berperwatakan Wanita Didakwa Rompak Rakan

Gempak
17/07/2024 02:25 MYT
Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan ke atas kenalan mereka minggu lepas.

Erwanshah Mohd Ali Syafie, 26, Mohammad Fauzi Baladius, 22, dan Jaidy Tahir, 23, yang kesemuanya berambut panjang hadir ke mahkamah dengan memakai kemeja-T ketat, didakwa merompak beg sandang mengandungi dokumen dan wang tunai RM1,500 milik Mohamad Zulhilmie Ongkim, 26, di belakang sebuah kelab malam di Jalan Peel Off Jalan Shelly, Wangsa Maju di sini pada 5.20 pagi, 10 Julai lepas.

Kesemua mereka dakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda dan sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Muhairi Mohamed Noh menawarkan jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh, namun peguam Adila Aziz yang mewakili kesemua tertuduh memohon jaminan rendah dengan alasan anak guamnya yang bekerja sebagai jurusolek bebas tidak mempunyai pendapatan tetap.

Hakim Dr Azrol Abdullah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Ogos ini untuk sebutan kes.

BERITA TRENDING: MUA Bellaz Hentikan Pengeluaran Keychain Wajah Anak! - "Kalau Orang Kurang Selesa, Jangan Teruskan"

BERITA TRENDING: Dua Pasangan Suami Isteri Didakwa Simpan Harta Curi Milik Kieda Crepe

BERITA TRENDING: Pasca Dirompak, Kak KM Hidup Dalam Ketakutan & Tak Tidur Lena - "Kita Berniaga, Bukan Saja-Saja Nak Tunjuk Barang Kemas"

BERITA TRENDING: Tulisan Khat 'Dicuri' Buat Corak Tudung, Penulis Bengang Dengan Sikap Usahawan Malaysia

Sumber: BERNAMA
#Viral #Mahkamah #Rompak #Jurusolek #Lelaki #Kenalan