Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

“Tiga Kali Saya Bercinta, Tapi…” - Meerqeen Akui Ambil Masa Untuk ‘Move On’, Kongsi Kisah Menerusi…

Hanafis Haris 03/10/2021 | 04:35 MYT
Melihat keperibadiannya yang ceria selain dikurniakan wajah kacak, siapa sangka finalis Hero Remaja Meerqeen, 20, rupanya pernah beberapa kali ‘kecundang’ dalam soal cinta.

Disebabkan itu, Meerqeen kini serik untuk kembali bercinta dan seboleh-bolehnya mahu memfokuskan terhadap kerjayanya.

Menceritakan mengenai kisah duka tersebut, Meerqeen berkata, dia mengambil masa dua tahun untuk ‘move on’.

“Secara jujurnya saya pernah tiga kali bercinta. Dua daripadanya boleh dikatakan cinta biasa-biasa atau cinta monyet.

“Hubungan ketiga ni saja yang bertahan agak lama iaitu dua tahun, ketika saya berusia lingkungan 18 tahun.

“Tapi dia putuskan hubungan ketika melanjutkan pelajaran. Terus terang saya ketika isu sangat kecewa dan susah betul nak ‘move on’.

“Bagi saya lelaki ni susah sikit nak ‘move on’, dua tahun saya ambil masa nak sembuh,” katanya.

Jelas Meerqeen lagi, dia juga bukanlah jenis lelaki yang bercinta untuk hanya sekadar suka-suka.

"Sebenarnya, saya jenis lelaki yang setia dan apabila bercinta saya suka rancang soal masa depan.

“Jika saya bercinta, tujuannya adalah untuk berkahwin dan bukan untuk suka-suka," katanya.

Meerqeen berkata demikian ketika sidang media single pertamanya berjudul Menunggu, baru-baru ini.

Single Menunggu merupakan hasil sepenuhnya ciptaan Aliff Iskandar dan boleh didapati di semua pelantar digital dan video liriknya sudah ditayangkan di saluran YouTube Indigital Music.

#Viral #Lagu #Meerqeen
;