Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Tiga Kanak-Kanak Ditahan, Serang Rumah Pakai Busur & Anak Panah

Gempak
22/08/2024 23:25 MYT
Perbuatan tiga kanak-kanak lelaki yang menyerang sebuah rumah dengan menggunakan busur dan anak panah mengundang perhatian orang ramai.

Kejadian berlaku sekitar pukul 10.10 malam (waktu tempatan) di Jalan Adipura, bandar Makassar, wilayah Sulawesi Selatan semalam.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) lokasi kejadian menunjukkan sebuah motosikal dinaiki tiga kanak-kanak terbabit menghampiri sebuah rumah.

Salah seorang kanak-kanak itu turun lalu melepaskan anak panah ke arah seorang lelaki yang berada di dalam rumah tersebut sebelum mereka melarikan diri.

Motif Serangan Tidak Diketahui

Menurut Ketua Polis Panakkukang, Muhammadi Mustari, ketiga-tiga suspek ditahan dalam tempoh kurang 24 jam.

“Suspek berjaya ditahan...

“Suspek berjaya ditahan dan diserahkan ke Unit Perlindungan Wanita dan Anak (PPA) manakala motif serangan masih belum diketahui,” kata Muhammad.

BERITA TRENDING: Akibat Tak Diajak Selfie, Lelaki Tergamak Cekik Kekasih

BERITA TRENDING: Diminta Hantar Makanan Ke Balai Polis, Pelanggan Rupa-Rupanya...

BERITA TRENDING: Buang trauma, Cut Intan Bawa Anak Ubati Mental

BERITA TRENDING: Gara-Gara Potong Kenderaan Polis, Lelaki Teruk Ditampar

Tambah Muhammad, busur panah yang digunakan turut disita oleh polis.

Sumber: Kosmo!

#Indonesia #Berita #Jenayah #Kanak-Kanak #Dunia