Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tiga Pasangan Setia Bercinta Sampai Lanjut Usia!

Maliah Surip
02/11/2024 07:00 MYT
Isu perceraian kian menjadi perhatian, tak hanya di kalangan selebriti tetapi juga pasangan biasa, terutama bagi mereka yang menikah singkat.

Meski banyak pasangan lama berhasil mempertahankan rumah tangga dengan saling memahami dan bertoleransi, pernikahan tetap memiliki tantangan.

Namun, jodoh dan maut adalah rahsia Tuhan.

Berikut adalah beberapa pasangan terkenal yang telah hidup bersama selama puluhan tahun.

Yusof Haslam - Fatimah Ismail

Pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam dan isterinya, Datin Fatimah Ismail, telah berkahwin selama 41 tahun. Mereka merupakan ibu bapa kepada dua pengarah hebat, Syamsul dan Syafiq.

Yusof mengakui perkahwinan mereka juga pernah melalui cabaran, namun seperti perumpamaan "sedangkan lidah lagi tergigit," mereka menghadapi semua ujian dengan bijaksana.

“Lelaki jangan anggap kita pujuk isteri kita itu, kita kalah. Silap, bagi saya. Saya bukan kata saya sempurna. Rumah tangga saya bertahan kerana sifat saya yang memujuk dan saya nak pertahankan rumah tangga.

"Kalau saya kahwin cerai, kahwin cerai saya rasa tiada kesudahan. Ini petua saya dan petua ini datang daripada ibu saya sendiri. Katanya, kamu jaga rumah tangga, ambil hati isteri kamu,” pesan Yusof dalam temu bual bersama media.

Amitabh Bachchan - Jaya Badhuri

Meski terkenal dan digilai jutaan peminat, Amitabh Bachchan tetap setia kepada isterinya, Jaya Badhuri.
Mereka telah hidup bersama sebagai suami isteri sejak 1973 dan dikurniakan dua anak, termasuk pelakon terkenal Abhishek Bachchan.

Perkahwinan mereka lebih lima dekad lalu mengejutkan ramai, terutama bapa Jaya, yang menganggap Bachchan sebagai lelaki berani dalam membuat keputusan besar.

Armand Maulana - Dewi Gita

Hanya melangsungkan majlis pernikahan di pejabat agama di Indonesia, pasangan vokalis Gigi dan penyanyi Dewi Gita ini hakikatnya masih hidup sebagai suami isteri yang sangat romantis.

Tahun ini, perjalanan rumah tangga Armand dan Dewi Gita sudah masuk 30 tahun selepas diijabkabulkan pada 11 Januari 1994.

Namun Armand dan Dewi Gita menyembunyikan pernikahan mereka daripada umum selama empat tahun.

“Pada zaman 90-an jangan kata menikah, artis punya kekasih pun boleh buat kita hilang peminat,” katanya seperti dilaporkan Kompas.
#Bollywood #Cinta #Indonesia #Yusof Haslam #Amitabh Bachchan #Armand Maulana #Usia #Tua
;