Laman Utama

Tiga Pertuduhan Dadah: Mahkamah Tetapkan Perbicaraan Yasin Pada Mac Tahun Depan

Azwa Rahman
04/10/2022
11:04 MYT
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 15 hari bermula Mac tahun depan bagi perbicaraan tiga pertuduhan dadah yang dihadapi penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman, 47.
Hakim Jamaludin Mat menetapkan perbicaraan pada Mac 2023 itu selepas pihak pendakwaan dan pembelaan bersetuju dengan tarikh-tarikh yang dicadang dan ditetapkan.
Tarikh-tarikh perbicaraan itu ialah 6 hingga 10, 13 hingga 17 Jan 20 hingga 24 Mac.
“Walaupun kita telah cuba seawal mungkin namun kami percaya bahawa mahkamah juga ada keutamaan dan juga ada susunan susur atur kes yang lebih lama selain kes Yasin. Jadi kami menghormati keputusan mahkamah itu," kata peguam yang mewakili Yasin Ariff Azami Hussein yang ditemui media di ruang luar mahkamah.
Terdahulu semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Asnawi Abu Hanipah memaklumkan telah menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan kes kepada pihak pembelaan dan ketiga-tiga kes dibicarakan bersama.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 4 Oktober ini untuk pengurusan kes seterusnya sebelum perbicaraan bermula.
Pada 6 Julai lalu, pihak pendakwaan memaklumkan bahawa pertuduhan mengedar ditarik dan Yasin dituduh dengan pertuduhan baharu iaitu memiliki dadah seberat 193.7 gram.
Mengikut pertuduhan baharu itu, Yasin didapati dalam milikannya dadah berbahaya jenis kanabis seberat 193.7 gram di sebuah kondomonium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini pukul 5.30 petang pada 24 Mac lalu (2022).
Yasin yang mengaku tidak bersalah didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan juga boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan.
Sementara itu bagi satu lagi pertuduhan, Yasin turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya kanabis yang diperolehi secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama yang mana pertuduhan itu mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Di bawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan, terdakwa bberdepan dengan peruntukan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.
Tertuduh turut didakwa atas satu lagi pertuduhan dan mengaku tidak bersalah iaitu memberikan dirinya dadah berbahaya jenis '11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid' di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, pukul 11.05 malam pada tarikh sama.
Bagi kesalahan itu pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 15 (1) akta yang sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau dikenakan penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.
Sementara itu abang tertuduh, Zain Sulaiman, 50, yang turut hadir pada sesi di mahkamah hari berharap agar ada perkembangan yang lebih baik dalam kes membabitkan adiknya itu.
“Insya-Allah kami amat harapkanlah ada sesuatu yang baik di penghujung kes ini dan kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada semua yang memberi sokongan kepada Yasin,” katanya ketika ditemui media di sini.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Harith Iskander & Isteri Tetap Tenang, Hadir Untuk Prosiding Kes Perceraian

gempak
25/07/2024
04:08 MYT
Pelawak dan pelakon Harith Iskander hadir bersama isterinya, Dr Jazmine Lim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada pukul 11.50 pagi Khamis untuk prosiding sebutan kes perceraiannya.
Berita

Tangan Bergari, Hanya Menunduk… Suspek Kes Bunuh Farah Kartini Tiba Di Mahkamah Untuk Mohon Lanjutan Reman

gempak
22/07/2024
02:45 MYT
Suspek kes bunuh bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, untuk permohonan lanjutan reman, pada Isnin. Suspek, 26, yang memakai baju lokap warna oren tiba dengan menaiki kereta polis.
Berita

26 Saksi Dipanggil Bantu Siasatan Kes Bunuh Farah Kartini

gempak
17/07/2024
10:41 MYT
Seramai 26 individu telah diambil keterangan bagi bantu siasatan kes bunuh Nur Farah Kartini Abdullah, 25, setakat Rabu.
Viral

Tiga Jurusolek Lelaki Berperwatakan Wanita Didakwa Rompak Rakan

gempak
17/07/2024
02:25 MYT
Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan ke atas kenalan mereka minggu lepas.
Viral

Reman Pempengaruh Islamik Suami Isteri & Dua Individu Disambung 3 Hari!

gempak
14/07/2024
08:28 MYT
Empat individu termasuk pasangan suami isteri yang juga pempengaruh, yang ditahan 10 Julai lalu kerana disyaki terlibat penyelewengan derma, disambung reman empat hari pada Ahad.