Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tiga Rapper Hilang Secara Misteri Selepas Tak Jadi Buat Persembahan

Maliah Surip
01/02/2023 14:50 MYT
Pihak berkuasa tempatan Michigan sedang menyiasat misteri di sebalik kehilangan tiga orang rapper yang gagal dikesan sejak 10 hari lalu selepas persembahan mereka di sebuah kelab dibatalkan.

Menurut laporan CNN, rapper tersebut yang dikenali sebagai Armani Kelly, 28, Dante Wicker, 31, dan Montoya Givens, 31, hilang tanpa dapat dikesan di Detroit pada tanggal 21 Januari 2023 sehingga kini.

Mengikut kronologi, ketiga tiga rapper tersebut berada di Detroit untuk mengadakan persembahan di sebuah kelab, namun selepas ia dibatalkan, mereka terus gagal dikesan.

“Dalam pengetahuan kami persembahan di sebuah kelab dibatalkan dan sejak itu kami tidak mempunyai petunjuk atau jawapan mengenai kehilangan mereka. Kami masih mencari,” ujar seorang pakar dalam bidang jenayah, Michael McGinnis.

Tiga mangsa ini kali terakhir dikesan menggunakan telefon bimbit sehingga pagi selepas tidak membuat persembahan. Setelah itu telefon bimbit mereka tidak dapat dihubungi.

Kehilangan mereka disedari oleh salah seorang ibu mangsa, sehari selepas kejadian. Dia membuat laporan polis dan memaksa pihak berkuasa mencari anaknya termasuk mengesan melalui kenderaan.

Kenderaan anaknya iaitu Warren ditemui di Michigan pada 23 Januari, namun masih gagal mengesan rapper tersebut.

Hal itu membuatkan salah seorang ibu rapper tersebut iaitu Kelly menyebarkan informasi mengenai kehilangan orang hilang pada 27 Januari 2023.

“Selepas berita tersebar di media massa, baru ahli keluarga Wicker sedar yang dia juga tidak pulang dan hilang. Jadi mereka membuat laporan polis,” kata McGinnis.

Meski demikian, kata McGinnis mereka juga belum menemui bukti lain dan masih merungkai misteri di sebalik kehilangan tiga rapper ini.
#rapper #Rapper hilang
;