Laman Utama
Tiga Remaja Korea Utara Dihukum Bunuh Gara-Gara Menonton K-Drama
Kerajaan negara Korea Utara dikhabarkan telah menghukum bunuh tiga remaja sekolah tinggi yang dikenal pasti telah menonton siri drama dari Korea Selatan.
Menurut beberapa laporan media, tiga pelajar lelaki sekolah tinggi itu telah ditangkap kerana menonton dan mengimport secara banyak drama dari negara berkenaan bermula Oktober 2022.
Menurut laporan Allkpop, sejak Disember 2020, Korea Utara telah melaksanakan undang-undang baharu yang menghukum mana-mana individu yang akan mengimport atau mengedarkan bahan audiovisual dari Korea Selatan.
Disebabkan oleh jangkauan usia sasaran penonton untuk drama-drama berkenaan, undang-undang tersebut turut dikenakan bagi mereka yang masih minor.
Difahamkan, sebelum kes ini, Korea Utara didakwa belum menjatuhkan hukuman kepada mereka yang masih bawah umur.
Remaja yang dihukum mati itu dilaporkan telah menonton beberapa episod rancangan televisyen Korea dan Amerika.
Mereka telah ditangkap oleh pihak berkuasa dalam cubaan untuk menyebarkan rakaman itu dalam kalangan rakan-rakan mereka.
Namun, kandungan budaya Korea Selatan dikhabarkan masih banyak tersebar luas dalam kalangan penonton di Korea Utara.
Menurut sumber media, ketika ditanya apakah mereka (rakyat Korea Utara) pernah menonton drama bersiri seperti Squid Game dan Crash Landing On You, lebih dari 96 peratus responden Korea Utara menjawab 'ya'.
Sumber: Allkpop
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Must-Watch Video