Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tiga Tahun Berlalu, Fad Masih Terasa Dengan Pemergian Abam Bocey - “Kami Sampai Tahap Susah Dalam Keluarga Pun…”

Asyikin Mayudin
15/02/2023 04:55 MYT
Selepas tiga tahun pemergian Allahyarham Abam Bocey, pelawak Fad mengakui dia masih lagi terkesan dengan ketiadaan rakan sepejuangannya itu.

Menurut Fad, perjalanan kehidupan susah senang selama lapan tahun bersama arwah bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilupakan.

“Orang akan cakap ‘ah kau menangis la’ tapi saya kongsi apa yang saya lalui bersama arwah. Saya kongsi lapan ke sembilan tahun perjalanan kami dari bukan sesiapa la.

“Apa yang kongsi di TikTok, itulah yang saya rasa. Masa di MLM, orang kata saya sengaja nak simpati, menangis atas pentas. Tapi orang tak faham.

“Sepanjang lapan tahun, setiap tiga bulan hari-hari mengadap dia, bila naik pentas berdua saja, dia tak ada tu yang buat saya terasa. Orang hanya nampak tiga minit kami di atas pentas.

“Orang tak nampak dekat luar lapan tahun kami macam mana. Kami sampai tahap susah dalam keluarga pun kami kongsi. Saya tahu masalah Abam, Achey, dan begitu juga mereka,” katanya kepada Gempak.

Fad ditemui ketika sidang media rancangan komedi UBI SUPERSTAR LIVE yang diadakan di Mighty Monster MyTOWN, Kuala Lumpur pada Selasa.

Sementara itu, Fad memberitahu sehingga kini dia masih lagi seakan-akan tidak percaya rakan baiknya itu sudah pergi buat selama-lamanya.

“Tiga tahun, walaupun untuk orang lain agak lama tapi pada saya, masih terasa baru lagi. Saya masih tak percaya, dan rasa dia masih ada lagi,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Abam atau nama penuhnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, meninggal dunia di kediamannya di Gombak dipercayai akibat demam panas pada 9 Februari 2020.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Abam Bocey #Bocey #Achey #Fad #Abam #Fad Abam
;