Tiga Tahun Melawan Kanser Servik, Julia Perez Meninggal Dunia
Fiza Kamarudin
10/06/2017 06:25 MYT
10/06/2017 06:25 MYT
Selepas menjalani pembedahan pada Khamis lalu, pelakon dan penyanyi Indonesia Julia Perez (JuPe) meninggal dunia pada Sabtu (hari ini), selepas tiga tahun melawan penyakit kanser servik tahap akhir.
Pemergian Julia mula diketahui selepas adiknya, Anggita Perez mengumumkan mengenai perkara tersebut menerusi Instagram miliknya kira-kira pukul 1 tengahari tadi.
"Innalilahiwainailahirojiun telah berpulang kakak kami tercinta Julia Perez. Minta doanya ya semua, terima kasih semua atas sokongan selama ini. I Love You Yuli," tulisnya.
Jupe mula bergelar penyanyi sejak tahun 2002 dan dia telah menghasilkan empat buah album iaitu Kamasutra, Aku Rapopo, Dangdut Galau dan The Best Of Julia Perez.
Dia disahkan mengidap kanser servik pada tahun 2014 dan telah menjalani rawatan kimoterapi.