Bahang puasa dan raya dan makin terasa! Berita baik untuk anda, tiket perkhidmatan kereta api Electric Train Service (ETS) dan KTM Intercity sempena Hari Raya Aidilfitri akan mula dijual pada 10 April ini.

Orang ramai yang akan pulang beraya menaiki kereta api, anda boleh dapatkan tiket berkenaan bermula 8.30 pagi secara online di laman sesawang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), menerusi aplikasi telefon pintar KTM MobTicket ataupun di kaunter-kaunter tiket KTMB.



Tiket perkhidmatan ETS dan KTM Intercity yang dijual ini adalah bagi perjalanan antara Tarikh 1 hingga 16 Jun 2019 berdasarkan jadual waktu perjalanan yang disediakan.

Sebanyak 36 perjalanan kereta api ETS dan 49 perjalanan kereta api KTM Intercity disediakan bagi menampung permintaan yang tinggi sempena musim perayaan itu.

Jualan tiket bagi perkhidmatan tren shuttle Terbau (JB Sentral – Woodlands – JB Sentral) pula kekal seperti biasa.