Pengurus syarikat rakaman Newsantara, Awie Rafael mengumumkan Konsert Ramadan Lagenda yang sepatutnya diadakan di Singapura pada bulan puasa ini ditunda.

Pun begitu, wakil pihak Awie memberitahu penyanyi yang terlibat seperti Amy Search, Zamani Slam, Ella dan Ning Baizrul tetap akan berjumpa dengan peminatnya selepas Ramadan.

“Harap maklum ya. Persembahan Ramadan Lagenda Concert akan ditunda ke tarikh baru Insy”a- Allah

“Amy Search, Zamani Slam, Ella dan Ning Baizura tetap akan berjumpa dgn sahabat-sahabat Singapura x lama lagi selepas Ramadan. Nantikan!,” tulisnya dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu dikongsikan di akaun rasmi Newsantara dan dimuat naik semula ke akaun Awie.

Mereka juga turut memohon maaf kerana terpaksa memulangkan wang pembelian tiket kepada yang sudah membelinya.

“Jangan risau ya, semua pembelian tiket akan dikembalikan sepenuhnya dalam masa seminggu! Sila e-mail ke [email protected] untuk sebarang pertanyaan,” beritahunya lagi.

Konsert yang menggabungkan nama besar tempatan itu sepatutnya dirancang turut disertakan dengan bazar sempena Ramadan dan Raya.

A post shared by Awi Rafael (@awirafael)