Tiket Konsert Dayang Nurfaizah Di Esplanade Laris Macam Pisang Goreng Panas!

Fiza Kamarudin
Ogos 17, 2017 02:14 MYT
Wow! Wow! Nampaknya tiket konsert penyanyi popular Dayang Nurfaizah yang bakal berlangsung di Esplanade, Singapura laris macam pisang goreng panas walaupun jualannya baru dibuka 11 Ogos lalu.
Astro Gempak difahamkan ratu r&b negara ini bakal menjejakkan kaki buat kali pertama di pentas berprestij tersebut pada 1 Januari 2018.
Tiket konsert berharga RM79 sehingga RM205 masih boleh didapati dan para peminat boleh mendapatkan maklumat lanjut di www.esplanade.com/dayang
Konsert ‘pembuka’ tahun baru itu juga bakal menyaksikan Dayang menyanyikan lagu-lagu popularnya seperti Lelaki Teragung, Di Pintu Syurga dan kesemua lagu-lagu hitsnya yang lain.
Pengarah muzik dan komposer popular, Jenny Chin bakal menerajui konsert Dayang nanti, dan semestinya hanya yang terbaik bakal disajikan kepada peminat-peminat yang telah membeli tiket.
Penyanyi Malaysia lain yang pernah beraksi di pentas berprestij Esplanade ialah, Datuk Siti Nurhaliza, Ella serta KRU.
#Penyanyi #Konsert #Dayang Nurfaizah #Penyanyi #Konsert