HIBURAN
Tiket Konsert Empat Live In Kuala Lumpur 2025 Laris, Bukti Penangan Empat Bintang Satu Pentas!
Penantian peminat muzik tanah air akhirnya berbaloi apabila konsert Empat Live In Kuala Lumpur 2025, yang menggabungkan empat nama besar industri muzik Malaysia, mencetuskan fenomena luar biasa apabila tiket bagi empat kategori iaitu Royal Twin Seat, Gold, Silver dan Bronze telah sold out!
Konsert eksklusif yang bakal berlangsung pada 18 Oktober 2025 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur ini menampilkan kolaborasi julung kali antara empat penghibur muzik popular, Ziana Zain, Anuar Zain, Ernie Zakri dan Syamel.
Lebih daripada sekadar persembahan muzik, Empat Live In Kuala Lumpur 2025 adalah simbolik kepada ikatan kekeluargaan, kasih sayang dan perpaduan seni yang merentas generasi.
Persefahaman muzik antara adik-beradik dan pasangan suami isteri ini menjanjikan sebuah pengalaman emosional dan magikal buat penonton.
Bagi yang belum mendapatkan tiket, kategori VIP, Diamond dan Platinum kini semakin hampir habis dijual, menandakan sambutan hangat peminat terhadap gandingan luar biasa empat ikon muzik ini.
Konsert anjuran Anuar Zain Network itu akan mendapat sentuhan Jennifer Thompson sebagai pengarah konsert, manakala Sze Wan pula sebagai pengarah muzik.
Tiket-tiket berharga RM288 (Bronze), RM388 (Silver), RM488 (Gold), RM688 (Platinum), RM888 (Diamond), RM1,088 (VIP) dan RM2,088 (Royal Twin Seat – dua tiket) sudah boleh didapati menerusi https://www.ticket2u.com.my/empatkl mulai 25hb April 2025 jam 10.00 pagi.
Istimewa buat golongan kelainan upaya (OKU), anda boleh membuat pembelian menerusi talian khas hotline +6011-1190 0518.
Must-Watch Video