Vokalis kumpulan rock ternama tanah air, Wings, Datuk Awie memanjatkan rasa bersyukur dan terkejut selepas mendapat tahu tiket Konsert Fabulous Friday: Wings Di DFP habis terjual (sold out) hanya dalam tempoh 15 minit!
Tiket konsert menerusi slot acara muzik Fabulous Friday di Dewan Fhilharmonik Petronas (DFP) yang dijual pada 10 pagi tadi secara rasminya sold out sekitar pukul 10.15 pagi.
“Syukur, Alhamdulillah. Saya happy yang tak terbayang, sebak dan gembira. Hanya dalam tempoh 15 minit tiket telah sold out,”kata Awie penuh teruja.
Awie juga mengaku terkejut dengan penjualan tiket yang begitu pantas, sekaligus menyifatkan ia sebagai tanda aras suasana muzik tempatan dan penganjuran acara sudah kembali mendapat sambutan hangat selepas pandemik melanda dunia.
“Ini benda yang sihat dan kebangkitan arena muzik. Kami akan cuba buat yang lebih menarik sewaktu konsert nanti,” ikrar Awie.
Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Shiraz Projects Sdn Bhd, Shirazdeen Karim mengaku sudah menjangka tiket Wings akan habis terjual.
“Sejujurnya saya memang menjangkakan bahawa tiket akan habis terjual melihatkan sokongan dan semangat peminat muzik tanah air terhadap konsert-konsert tempatan sekarang.
“Tetapi saya tidak menyangka ia akan terjual dalam masa 15 minit sahaja dan ini merupakan tanda bahawa industri muzik sedang berkembang sihat. Kita juga sedia maklum bahawa sokongan Sayap-sayap Wings sentiasa padu terhadap kumpulan kesayangan mereka, Wings,” kata Shiraz yang juga mengaku bertuah kerana dapat bekerjasama dengan kumpulan legenda tersebut.
Dalam masa sama, sebuah kejutan yang menjangkakan ada malam kedua konsert tersebut akan diumumkan kelak.
Dibawakan dalam rangkaian senarai Fabulous Friday yang dibawakan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd, Wings bakal bertemu para peminat pada 15 Julai 2022, Jumaat pada jam 8.30 malam.
Fabulous Friday merupakan sebuah acara muzik yang dianjurkan oleh pihak Shiraz di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur dan Wings merupakan artis buka panggung acara ini yang dijadualkan bakal berlangsung setiap bulan dengan pemilihan selebriti tempatan dan luar negara.
Maliah Surip
Fri Jun 17 2022


Ashton Kutcher Dedah Alami Penyakit Parah: “Saya Bersyukur Kerana Masih Hidup”
Aktor Ashton Kutcher mengejutkan peminatnya dengan pengakuan mengenai kesihatan dirinya.

Victoria Beckham & Menantu Kaya Tak Ngam
Khabar kurang enak datang dari keluarga Victoria Beckham. Isteri pemain bola legenda David Beckham ini didakwa bermasam muka dengan anak menantunya yang kaya raya, Nicola Peltz.

“Malu Tapi Bila Terbayang Mak Ayah Dekat Rumah…” - Muncul Live Di TV, Ryan Bakery Pun Ada Rasa Gementar Tau!
Ryan dah masuk tv guys!

Syafiq Yusof Tak Mahu Berlumba Dengan Keluarga Sendiri - "Abang Dan Ayah Sifu Saya"
Syafiq berkata, kritikan penonton boleh membantu memperbaiki karyanya pada masa akan datang
![[VIDEO] Nyanyian Amir Masdi Memukau Netizen, Digelar Rockstar Malaysia! [VIDEO] Nyanyian Amir Masdi Memukau Netizen, Digelar Rockstar Malaysia!](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/minimal-aesthetic-business-name-facebook-cover-(23)_1.png?ext=.png)
[VIDEO] Nyanyian Amir Masdi Memukau Netizen, Digelar Rockstar Malaysia!
Amir dapat duet dengan ratu rock

Astro Go Shop Raikan Hari Kebangsaan Dengan 'Go Gemilang Sale'
Raikan Hari Kebangsaan bersama Go Shop dengan baucar diskaun sehingga RM112 melalui ‘Go Gemilang Sale’ dari 8 Ogos hingga 18 September 2022.

Perginya Raja 'Pleat'... Pereka Fesyen Issey Miyake Meninggal Dunia Kerana Kanser Hati
Berita duka buat pencinta fesyen...

Pandelela Rinong Bangga Prestasi Atlet Muda, Akui Bergelut Dengan Masalah Jet Lag Di Birmingham
Jangan putus asa.

“Inilah Saya… Jika Anda Boleh Menerima Saya, Alhamdulillah” - Elyana Perjelas Status Sudah Tidak Berhijab
Elyana perjelas isu sudah tidak berhijab

Ainul Diserang Sawan, Ibu; "Seperti Ditidurkan, Hanya Bola Mata Saja Mampu Gerakkan"
Ibu kepada Ainul Mardhiah, Nurul Erwani memaklumkan anak perempuannya diserang sawan berulang kali sejak Ahad.