Penganjur konsert, Shiraz Projects menambah sehari lagi tarikh persembahan untuk 'Konsert M Nasir Satu Hikayat - 40 Tahun Perjalanan' selepas tiket pada 23 November telah habis dijual.
Menurut Datuk M Nasir, penjualan tiket untuk malam kedua dibuat atas permintaan ramai orang.
"Alhamdulillah, atas permintaan ramai yang menyebabkan penambahan malam kedua pada 24 November ini.
"Mungkin kerana peminat sudah lama tidak menyaksikan konsert solo saya," katanya.
Tambah M Nasir, ini adalah peluang terbaik untuk peminat mendapatkan tiket tambahan yang akan mula dijual pada Isnin.
"Jadi, saya rasa inilah masanya buat para peminat yang sebelum ini sedih dan mengeluh kerana malam pertama habis dijual untuk mendapatkan tiket mereka dengan kadar segera.
"Dua malam untuk sama-sama menyusuri 40 tahun perjalanan muzik saya dalam satu hikayat," katanya lagi.
Konsert yang bakal diadakan di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) sebagai mengenang suka-duka 40 tahun M. Nasir bergelar anak seni.
Di konsert itu juga, M Nasir bakal mendendangkan lagu-lagu yang pernah dihasilkannya buat penyanyi solo dan kumpulan terkenal tanah air.
Persembahan seniman tersohor itu bakal diiringi kumpulan muziknya yang dikenali dengan The Gong yang mana Aznan Alias akan bertindak selaku pengarah muzik.
Zulaikha Yusof
Sun Oct 13 2019


“Tiada Isteri Mahu Perkara Tak Baik Jadi Pada Suami…” - Aliff Aziz Tidak Akan Berlakon Lagi Dengan Sophia Albarakbah
Aliff akur permintaan Bella

“Tidak Semua Penyondol Itu Bersalah, Tidak Semua Yang Disondol Itu Bersalah” - Nasihat Fazley Yaakob
Datuk Fazley beri pendapat isu penyondol.

"Dia Penyayang, Penyabar Sama Macam Arwah" - Shuib
Watie ada ciri-ciri seperti arwah Siti Sarah.

Didakwa 'Sondol' Rumah Tangga Bella Astillah Dengan Aliff Aziz, Ini Respon Sophia Albarakbah
Semoga dapat selesaikan dengan cara baik...

Priyanka Chopra Dedah Wajah Anak Selepas 1 Tahun, Peminat: “Dia Ada DNA Nick Jonas!
Comel!

Tiga Rapper Hilang Secara Misteri Selepas Tak Jadi Buat Persembahan
Alamak...

Akim & Mira - Kisah Cinta 1999 | Episod 7
Akim begitu gembira mendapat kerja dan berjanji akan berubah menjadi manusia yang lebih baik. #AkimDanMira #DramaAkimDanMira #AkimDanMiraKisahCinta1999 #GempakOriginalSeries

Kisah Cinta Phoebe & Ejoi | Episod 7
Ejoi nak buat mixed tape lagu-lagu cinta. Ejoi cuba selidik citarasa lagu Phoebe melalui Laila. Tapi Ejoi tak berkesempatan nak bagi mixtape pada Phoebe. #KisahCintaPhoebeDanEjoi #AkimDanMira #DramaAkimDanMira #AkimDanMiraKisahCinta1999 #GempakOriginalSeries

Memang Legend! Lepas Tawan Semenanjung & Singapura, Exists Konsert Di Sarawak Mei Ini
Tak sabar!

Sean Lee Dipaksa Nyanyi Lagu Trending Dekat Public! | Gempak Most Wanted EP19
This week kita memang tak kasi chance! Amelia senyum puas hati dekat rumah tengok Sean kena nyanyi lagu dekat public #GempakMostWanted #GempakMostWanted2022 #GempakMostWantedShow