,
Hiburan

"TikTok Apalah Hai... Zaman Kita Sekarang Mak-Mak Dah Jadi Tak Tahu Malu" - Fiza Halim

Kamaruddin Razal
14/04/2020
01:18 MYT
Pelakon dan bekas anggota kumpulan Elite, Fiza Halim menegur golongan ibu-ibu yang bermain aplikasi TikTok.
Berkongsi video perkongsian mengenai TikTok yang dimuat naik oleh seorang selebriti media sosial, Aisyah Hijanah, Fiza bersetuju dengan pendapat Aisyah.
"Bertik tok tik tok apalah hai, dah tua, dah beranak pinak bagai...
"Orang dulu-dulu mana ada macam zaman sekarang ni? Zaman tok nenek kita, zaman mak kita dulu-dulu, semuanya pemalu.
"Zaman kita sekarang, mak-mak dah jadi tak tahu malu... Apalah nak jadi dengan dunia sekarang? Patutlah dunia macam-macam virus keluar," tulis Fiza.
Dalam pada itu, Aisyah berpendapat kandungan video yang dikongsikan menerusi aplikasi TikTok akan menentukan sama ada perbuatan seseorang itu haram atau tidak.

Bertik tok tik tok apa lah hai,dah tua,dah beranak pinak bagai...Org dulu2 mana ada mcm zaman skrg ni?? Zaman tok nenek kita,zaman mak kita dulu2, semua nya pemalu... Zaman kita skrg,mak2 dah jd tak tahu malu ...?? Apalah nak jd dgn dunia skrg ??‍♀️??‍♀️??‍♀️ ?? Patutlah dunia mcm2 virus kluar...#repost @aisyahhijanah ・・・ [TIK TOK HARAM] _ Kalau kita tengok Tik Tok dekat Malaysia banyak content yg menari. Tapi sebenarnya Tik Tok ni byk je org share benda elok, cthnya memasak, bisnes, make up tutorial _ Depends, tgk kpd content apa yg kit share dekat org. Setiap content kita ni akan dipersoalkan, jadi sgt bahaya. Kita kena jaga-jaga. Kalau kita post content yg haram, maka kita pun tahu apa hukumnya. Tapi kalau kita post content yg baik, pahala maka In Shaa Allah itulah saham di Akhirat nanti _ Kita selalu minta dgn Allah nk keluarga yg baik, tapi apa amalan kita? Anak-anak kita akan ikut cara kita. Jgn kita rosakkan generasi kita _ Pendek kata,jagalah maruah kita sebagai seorg wanita,seorg ibu & seorg isteri ya..Adalah perasaan malu tu sikit ??

A post shared by ???? ????? ????? (@fizahalimofficial) on

"Kalau kita tengok TikTok dekat Malaysia banyak content yang menari. Tapi sebenarnya TikTok ni banyak je orang share benda elok, contohnya memasak, bisnes, make up tutorial.
"Depends, tengok kepada content apa yang kita share dekat orang. Setiap content kita ni akan dipersoalkan, jadi sangat bahaya.
"Kita kena jaga-jaga. Kalau kita post content yg haram, maka kita pun tahu apa hukumnya. Tapi kalau kita post content yg baik, pahala maka Insya-Allah itulah saham di Akhirat nanti.
"Kita selalu minta dengan Allah nak keluarga yang baik, tapi apa amalan kita? Anak-anak kita akan ikut cara kita. Jangan kita rosakkan generasi kita.
"Pendek kata, jagalah maruah kita sebagai seorang wanita, seorang ibu dan seorang isteri ya.. Adalah perasaan malu tu sikit," tulis Aisyah.
Di ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan pendapat Fiza dan menyelar mereka yang berlebih-lebih ketika melakukan aksi tarian di aplikasi TikTok.
Apapun, kepada pembaca Gempak, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ernie Zakri Mahu Cipta Kenangan Bersama Peminat Malam Konsert Aura: Ernie Zakri Live in Concert - "Saya Tak Nak Janji Yang Besar-Besar"

gempak
23/10/2024
16:55 MYT
Penyanyi Ernie Zakri tidak mahu menjanjikan "bulan bintang" pada malam solo konsertnya pada Januari depan.
Hiburan

Nadia Brian Tak Serik Nak Kahwin Lagi - "Saya Tak Takut... Saya Pun..."

gempak
16/10/2024
08:00 MYT
Tiada istilah serik dalam kamus hidup pelakon Nadia Brian jika dirinya ditakdirkan berjodohan sekali lagi.
Hiburan

Tak Terdesak, Hasif Upin Tak Pilih Watak - "Bagilah Saya Watak Melintas Jalan Pun Saya Terima"

gempak
15/10/2024
08:55 MYT
Penyanyi dan pelakon Hasif Upin tidak berhasrat memegang watak besar sepertimana yang diidamkan kebanyakan pendatang baharu.
Laman Utama

Kak KM Tak Terkesan Dikecam Kerana Seksi - “Saya Pakai Juga Baju Lengan Panjang & Seluar Panjang”

gempak
15/10/2024
03:55 MYT
Tidak pernah lari daripada imej seksi yang mencolok mata, usahawan terkenal Liana Rosli atau Kak KM tidak langsung melatah dengan kecaman ramai mengenai imej yang dibawanya.
Hiburan

Raja Ema Sudah Tak Perlu Tanam Benang Di Muka Untuk Tegangkan Kulit - "Dulu Buat Untuk ..."

gempak
14/10/2024
02:55 MYT
Pelakon jelita, Raja Ema, mengakui sudah tidak lagi berminat untuk melakukan prosedur 'tanam benang' pada wajahnya untuk menegangkan kulit muka.
BorakSeeni