Baru sehari Baby Shima memuat naik hantaran bersama Skuad Jerung Merah di laman sosial TikTok, kandungan tersebut telah ditonton lebih 4 juta kali!

Menerusi hantaran tersebut Baby Shima telah ‘menukar’ namanya kepada ‘Baby Jerung’ dan gelagat tersebut mencuit hati pengikut di laman sosial tersebut.

“Bagi laluan, bagi laluan…Baby Jerung nak lalu ni…!” kata Baby Shima disambut Skuad Jerung Merah dan ‘Mummy Jerung’.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata pengikut risau melihat aksi Baby Shima berlari memakai kasut tinggi selepas ‘dimarahi’ ‘Mummy Jerung’.

Sungguhpun hantaran tersebut hanya berdurasi 30saat, ia telah mendapat lebih 433,000 tanda suka dengan 5,517 komen.
@babyshimaofficial Beri laluan… Beri laluan… baby jerung nak lalu ni bosss ? @sofiaamarieylla #jerungmerahreal #babyshima #fyp #akulahjerungmerah ♬ original sound - Babyshima

Skuad Jerung Merah (SJM) mula menjadi fenomena di kalangan netizen selepas tular video mereka menghasilkan video-video lucu dalam dialek Terengganu di aplikasi TikTok.

Skuad Jerung Merah yang diketuai Siti Sofia Mahyuddin, 23, sebelum ini mengakui gigih menghasilkan video untuk mempromosikan produk kecantikan mereka.

Yang terbaru, Skuad Jerung Merah juga telah tampil dengan single terbaru berjudul Akulah Jerung Merah.

Malah, pertemuan Skuad Jerung Merah dan Baby Shima berlaku selepas tular video Sofia sedang merakam single terbaru mereka di dalam studio dan netizen menyamakan suaranya seperti penyanyi dangdut popular itu.

Sofia dan Baby Shima kemudiannya memuat naik hantaran di TikTok dan berjanji untuk bertemu di Terengganu.