Laman Utama

TikToker Buat Hal, Seludup & Bangga Makan Nasi Padang Dalam Pawagam

gempak
Maliah Surip
21/09/2023
07:50 MYT
Sponsor Banner
TikToker Buat Hal, Seludup & Bangga Makan Nasi Padang Dalam Pawagam
Seorang TikToker yang sengaja membuat konten dengan makan nasi padang dalam pawagam telah menimbulkan pelbagai reaksi oleh warganet.
Kebanyakan warganet mengkritik tindakan pemuda tersebut sebagai satu perlakuan yang kurang bijak dan bakal menyusahkan banyak pihak lain terutama pekerja pawagam.
Ini termasuklah pekerja yang sepatutnya memastikan tiada makanan atau minuman luar dibenarkan masuk ke pawagam mungkin didenda kerana sikap tidak bertanggungjawabnya.
Terdahulu Tiktoker yang dikenali sebagai @lwijo.bless atau Alwi Johan telah memuat naik hantaran video dirinya sedang makan di dalam sebuah pawagam yang tidak dinyata di Indonesia.
Pada video tersebut, Alwi menulis: “Makan nasi padang di pawagam, baunya tersebar seluruh pawagam.
Tidak cukup dengan itu, Alwi juga memperlihatkan cara dirinya membawa nasi padang ke dalam pawagam dan memakannya tanpa diketahui oleh pekerja.
Tanpa rasa bersalah pemuda itu juga mengatakan bahawa orang yang makanan dan minumnya ditahan di bahagian pengawasan adalah amatur sementara dirinya dianggap sebagai profesional kerana berjaya menyeludup nasi padang ke dalam pawagam, lapor Insertlive.
Selepas perkongsian tersebut menjadi viral di TikTok dan menuai kontroversi, pemuda tersebut meminta maaf di atas tindakan yang dibuat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live