Laman Utama

TikToker Kesal Video Lafaz Cerai Khas Pada Isteri Masa Hari Jadi Tular & Dapat Kecaman

gempak
Shahrin Zulkifle
16/03/2023
06:00 MYT
Sponsor Banner
TikToker Kesal Video Lafaz Cerai Khas Pada Isteri Masa Hari Jadi Tular & Dapat Kecaman

Sebelum ini, tular kisah mengenai isu rumah tangga pempengaruh media sosial iaitu Nor Sufia Johari atau mesra disapa Cik Pia apabila suaminya, Khairul Azli didakwa membiarkan isterinya bersalin sendirian di hospital.

Malah, pergolakan antara pasangan itu berlarutan apabila Khairul enggan memberi kerjasama untuk hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi proses pendaftaran nama anak mereka.

Terbaharu, tular sepotong video yang memperlihatkan Khairul melafazkan talak dua kepada Cik Pia.

Menerusi video berkenan, Khairul dilihat tersenyum saat melafazkan cerai terhadap isteri, malah paling menyedihkan apabila talak itu dilafazkan ketika hari ulang tahun Cik Pia.

“Saya Khairul Azlee Abd Aziz ceraikan Nur Sofia binti Johari dengan talak dua.

“Assalamualaikum dan selamat hari jadi,” katanya dalam video berkenaan.

@bels_beansprout cik pia kena cerai . Aku Pula sedih. Makin Banyak eh perempuan kena tindas demi perempuan juga zaman skrg ni.m Dasar jantan pokemonnn #cikpia #newsound #meletopfyp ♬ suara asli - LYRICS

Dalam pada itu, Khairul menerusi satu perkongsian berkata dia merasa kesal apabila video yang sepatutnya hanya diketahui oleh pihak isteri menjadi tular di laman sosial.

Sementara itu rata-rata wargamaya meluahkan rasa geram dan terkilan dengan tindakan Khairul yang disifatkan sebagai tidak berhati perut apabila melakukan perkara sedemikian kepada isterinya.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live