Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

TikToker Meninggal Dunia Selepas Terima Komen Negatif Netizen

Izwan Isa
08/08/2022 15:50 MYT
Seorang pengguna TikTok menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke hospital dari rumahnya di Subang Jaya, Selangor, selepas dipercayai cuba membunuh diri semalam.

“Mangsa telah dibawa oleh keluarganya ke hospital dalam keadaan masih bernafas dan meninggal dalam perjalanan.

"Hasil siasatan awal dimaklumkan bahawa si mati pernah mengalami tekanan perasaan dan mendapat rawatan di sebuah klinik swasta di Petaling Jaya.

"Pemeriksaan tempat kejadian dan fizikal si mati telah dibuat, tiada kesan berlakunya unsur-unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai Mati Mengejut (SDR).

"Post mortem telah dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya," kata kenyataan berkenaan.

Polis berkata, setakat ini tiada laporan yang dibuat oleh si mati atas dakwaan menjadi mangsa gangguan buli siber.

Terdahulu media melaporkan ibu kepada tiga anak, Shashikala Nadarajah, 44, itu ‘dibuli secara siber’ berkaitan penampilan dan koleksi beg tangan di akaun media sosial.

Beberapa pengguna TikTok turut menyalahkannya kerana diganggu secara seksual, melalui komen pada video yang dia siarkan mengenai perkara itu.

Shashikala mempunyai lebih 30,000 pengikut di TikTok dan dia sering berkongsi pandangannya tentang pelbagai topik seperti persekolahan di rumah, gangguan seksual dan cara mengekalkan penjagaan beg tangan mewah.

Videonya diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan Tamil.

Sumber: SinarDaily dan MalaysiaKini

#Meninggal Dunia #Tiktoker
;