Pertandingan realiti TV Dewi Remaja kembali untuk edisi 2022 mempertaruhkan 16 finalis dari serata negeri di Malaysia.

Tambah menarik apabila program kali ini memperkenalkan Fikry Ibrahim sebagai hos dan aktres jelita Rozita Che Wan menggalas tanggungjawab juri tetap.

Menurut Editor Pengurusan Remaja, Fiezreen Ahmad, pencarian Dewi Remaja 2022 dijangka memberi impak berbeza disebabkan kekuatan pada finalisnya.

“Dewi Remaja memiliki sejarah yang panjang di Malaysia. Bermula sejak 1985 lagi, pencarian itu telah melahirkan banyak nama besar dalam industri seni tanah air seperti Aleeza Kassim, Wan Khatijah, Juliana Banos, Scha Al-Yahya, Noor Neelofa, Raysha Rizrose dan ramai lagi.

“Dengan 16 finalis ini, persaingan bakal menjadi lebih sengit sepanjang 8 minggu mereka bersanding. Setiap cabaran mempersiapkan diri mereka untuk bergelar juara,” ujarnya ketika ditemui di sidang media pengumuman 16 finalis Dewi Remaja yang diadakan di Z Botanica by Nicsmann, One Utama, Petaling Jaya.

Edisi kali ini memperlihatkan pesert bertanding dari aspek populariti menerusi undian peminat yang dibuka bermula 8 Julai 2022 sehingga pada malam finale di laman web rasmi Remaja.

Tonton pencarian Dewi Remaja yang akan bersiaran bermula 16 Julai, setiap Sabtu jam 8 malam di saluran Astro Ria.

16 finalis Dewi Remaja adalah:

1. Siti Auni Safiya Yusri, 22

2. Fifi Filan Tisya Mohd Zain, 20

3. Keeranjit Kaur Darpit Singh, 25

4. Nurshafeera Reezlyn Shamsul Azhar, 18

5. Dina Allysha Aminudin, 21

6. Melissa Quek Ai Ying, 20

7. Nur Hailee Izzati Mohd Azimzim, 23

8. Malle Christian Anderson Barlus, 24

9. Siti Nur Aishah Bee Md Nor, 22

10. Zafira Natasya Yong, 21

11. Wan Nurul Eiman Wan Zulkifli, 24

12. Kimberly Chuah, 22

13. Noor Alyssa Ahmad Azim, 20

14. Tracie Sinidol, 21

15. Nur Rasyiqah Johan, 20

16. Janani Baskaran, 24