,
Hiburan

“Till Death Do Us Part” - Busana Perkahwinan Hailey Bieber Rekaan Off-White Unik

Azwa Rahman
08/10/2019
11:40 MYT
Supermodel dan isteri Justin Beiber, Hailey Bieber berkongsi rekaan unik busana perkahwinannya bersama bintang pop itu.
Menerusi laman sosial Instagram, Bieber memuat naik beberapa keping foto gaun putih sarat renda rekaan Virgil Abloh daripada jenama Off-White.
Tambah istimewa apabila Off-White yang sebelum ini terkenal dengan fesyen kasual dan streetwear tampil serba eksklusif dan mewah untuk persandingan pasangan tersebut.
Malah, perkataan “TILL DEATH DO US PART” turut disemadikan di bahagian hujung kain layah Bieber dengan corak tulisan yang sinomin dengan rekaan Off-White.
Menerusi kapsyen foto juga, Bieber memberikan ucapan penghargaan kepada Abloh untuk rekaan busana serba menawan itu.
“Anda dan team di Off White cukup luar biasa dan saya selamanya berterima kasih dapat menyarung rekaan anda,” tulis Bieber.
Rekaan eksklusif Vrigil Abloh ini mendapat perhatian daripada semua media fesyen global.
Malah, ramai yang menjangkakan rekaan Abloh ini akan menjadi ikutan ramai tidak lama lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Buat Isteri Menangis, Fizi Ali Titip Ucapan Istimewa Sempena Anniversary Perkahwinan Yang Pertama - “Ingat Lagi Dulu Awak Janji Akan…”

gempak
23/10/2024
00:50 MYT
Penyampai radio, Fizi Ali mencuri tumpuan apabila membuat ucapan manis kepada isteri tercinta, Siti Zulaikha.
Hiburan

Nora Danish Terpesona Dengan Kecantikan Siti Nurhaliza - “Tak Mekap Pun Dah Cantik…”

gempak
19/10/2024
16:00 MYT
Pelakon Nora Danish mengakui terpegun dengan kecantikan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Gaya Hidup

#FinnancialFaiz: Dah Bersedia Untuk Kahwin? Ikuti Langkah Efektif Untuk Simpan Duit Bagi Majlis Impian Anda

gempak
19/10/2024
12:55 MYT
Ikuti beberapa langkah yang dikongsikan oleh pendidik kewangan, Finnancial Faiz.
Hiburan

Pakai Topi Tertera Huruf ‘R’, Posting Aliff Aziz Curi Tumpuan Netizen

gempak
19/10/2024
03:58 MYT
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz meraih tumpuan apabila tampil memuat naik gambar memakai topi yang tertera huruf ‘R’
Hiburan

Neelofa Dedah Tak Pernah Beli Barang Dapur Guna Duit Sendiri - “Sewa Rumah, Bil Air & Api Semua Saya Tak Pernah Sentuh…”

gempak
18/10/2024
06:55 MYT
Pelakon dan usahawan, Neelofa berkongsi bahawa dirinya tidak pernah mengeluarkan wang untuk keperluan rumah sebaliknya perkara itu diuruskan oleh suaminya, Haris Ismail.
BorakSeeni