Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

“Till We Meet Again...”- Nora Danish Rindu Nak Kembali Bekerja

Syafiqah Jalal
29/05/2020 08:37 MYT
Pelakon Nora Danish akui rindu hendak kembali bekerja selepas lebih dua bulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Bukan sahaja merindui kerjaya lakonannya, malah Nora berkata dia juga rindukan teman seperjuangannya di dalam bidang seni.
 
“Jumpa gambar candid ni, somehow gambar ni buat rindu nak kerja.
 
“Saya rindukan rakan selebriti. Jaga diri kawan. Hingga kita berjumpa lagi nanti,” katanya.
 
Nora berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
 
Menerusi entri tersebut dia memuaf naik gambar ‘candid’ dia bersama Nabila Huda.
 
Entri tersebut mendapt perhatian Nabila yang menurunkan komen dengan emoji love.
 
Kerajaan masih meneliti prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti penggambaran sepanjang tempoh PKPB dan dijangka mereka akan dapat memulakan kerja tidak lama lagi.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Found this candid photo, somehow this photo buat rindu nak kerja.... i miss my celebs frens. Take care my frens. Til we meet again....

A post shared by Mrs Nedim (@noradanish) on

#Nora Danish #Berlakon #Kerja