,
Hiburan

"Tima Banyak Tolong Family, Tolong Kawan-Kawan Sebab Tu ..." - Mawar Rashid Dedah Sikap Emma Maembong Sempena Hari Lahir

Zulaikha Yusof
28/03/2019
07:58 MYT
Pelakon Mawar Rashid atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid mendedikasikan ucapan khas sempena hari kelahiran rakan karibnya, Emma Maembong yang disambut semalam (27 Mac).
Mawar memuat naik sekeping foto bersama Emma di laman Instagram miliknya bersama ucapan hari lahir.
"Kita pun nak throwback la gambar with this BIRTHDAY GIRL. Ni gambar masa tahun 2013.
"Zaman baru nak UP kita. Mawar happy dengan kejayaan Titimama, dimana tempat tima berada sekarang, memang atas usaha & kelebihan yang tima ada.
"Tima banyak tolong family, tolong kawan-kawan sebab tu rezeki titimama tak pernah putus. I’m so proud of you.
"Tak kisah ape orang nak cakap ape pasal tima, yang penting orang yang kenal tima tahu kemuliaan hati titimama. Love you!! @emma_maembongofficial," tulisnya.
Di ruangan komen, rata-rata peminat Mawar turut mengucapkan selamat hari lahir kepada Emma dan mendoakan agar persahabatan mereka terus berkekalan.
Sekadar info, Emma mula aktif di industri hiburan pada tahun 2012 manakala Mawar pada tahun 2014 dan mereka berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Kami Cuba Perbaiki Tapi…”- Emma Maembong Nafi Cerai Disebabkan Orang Ketiga

gempak
20/11/2024
08:30 MYT
Pelakon Emma Maembong menjelaskan punca keretakan rumah tangganya bukanlah disebabkan kehadiran orang ketiga tetapi ia adalah atas persetujuan bersama semua pihak.
Hiburan

Pose Gaya Melentik, Imej Seksi Mawar Rashid Dikritik - “Nampak Macam Tak Normal”

gempak
25/10/2024
00:54 MYT
Pelakon Mawar Rashid mencuri tumpuan warganet apabila berkongsi sebuah video baru-baru ini.
Hiburan

Sah Cerai & Habis Iddah, Netizen Puji Emma Maembong - “Lagi Elok Macam Ni, Tak Perlu Buka Aib Pasangan”

gempak
08/10/2024
07:30 MYT
Umum mengetahui pelakon jelita Emma Maembong memaklumkan dia dan bekas suami, Muhammad Shazli Azhar sudah bercerai secara baik, semalam.
Hiburan

“Bercerai Tidak Semestinya Perlu Bermusuh”- Hubungan Emma Maembong & Bekas Suami Baik

gempak
07/10/2024
23:41 MYT
Pelakon, Emma Maembong memohon orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung penceraiannya dengan bekas suami iaitu Muhammad Shazli Azhar.
Hiburan

Emma Maembong Sahkan Sudah Bercerai - “Saya Sebolehnya Nak Tutup Kisah Peribadi…”

gempak
07/10/2024
12:19 MYT
“Ya kami sudah bercerai dan saya sudah tamat tempoh idah," kata pelakon jelita, Emma Maembong yang mendedahkan dia dan bekas suaminya, Muhammad Shazli Azhar sudah bercerai secara baik.
Unitar