Timang Anak Sulung, Sam Bunkface Beri Nama Maleeq

Ahmad Shah
September 13, 2016 04:22 MYT

Vokalis kumpulan rock Bunkface, Sam selamat menimang cahaya mata sulung hasil perkahwinannya dengan penerbit Aida Azira Hussin.

Menerusi kemaskini terbaru akaun Instagram Sam, penyanyi itu mengumumkan kelahiran putera sulungnya.

“Assalamualaikum dunia. Let me introduce to you Maleeq bin Shamsul Annuar #alhamdulillah,” tulis Sam.

Adik kepada Sam, aktres Siti Saleha turut berkongsi kegembiraan menyambut anak sulung abangnya dan berkongsi gambar Maleeq di laman Instagram miliknya.

Congratulations Shamsul and Aida. Thank you Allah for this beautiful baby boy. So strong, so handsome. #father,” tulis Saleha.

Sam atau nama sebenarnya, Shamsul Annuar Baharom mendirikan rumah tangga dengan Aida pada 25 April tahun lalu di Dewan Sapura, Jalan Tasek, Mines Resort City, Seri Kembangan.

#Sam Bunkface