Pemain drum kumpulan Sofazr, One telah selamat menimang cahaya mata kedua semalam.

Menerusi entri yang dimuat naik di laman sosial Instagram (IG) miliknya, One memberitahu jantina anaknya adalah lelaki.

"Alhamdulillah syukur alhamdulilah..Isteri saya selamat melahirkan (secara normal) seorang bayi lelaki seberat 2.74kg pada jam 7:31 pm tadi.

"Terima kasih pada yang mendoakan mereka tadi.

"Selamat datang Wan Shah Hazard.. Ok nama tu tipu. Belum ada bagi lagi nama dia hehehe," tulisnya beserta foto wajah anaknya.

Difahamkan, isteri One, Ainul Shariza bersalin di sebuah hospital di Cheras.

One atau nama sebenarnya Wan Shah Baharom telah mendirikan rumah tangga dengan Ainul Shariza pada 29 Oktober 2012.

Pasangan itu dihujani ucapan tahniah daripada peminat dan kalangan selebriti antaranya Hairul Azreen, Fad Bocey, Zahid dan Bella Astillah.

Alhamdulillah syukur alhamdulillah.. isteri saya selamat melahirkan (secara normal) seorang bayi lelaki seberat 2.74kg pada jam 7:31pm tadi. Terima kasih pada yang mendoakan mereka tadi. Selamat datang Wan Shah Hazard... ok nama tu tipu.. belum ada bagi lagi nama dia hehehehe.. #ainonelegacy

A post shared by One SOFAZR (@onesofazr) on