Mungkin ramai tidak tahu bintang Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2) dan anggota kumpulan Teruna, Din Latah semenangnya seorang yang melatah.

Baru-baru ini, gelagat Din sewaktu mengambil ujian calitan COVID-19 mendapat perhatian netizen.

Video pendek yang dimuat naik di akaun rasmi Astro Gempak itu merakamkan Din yang cuba menenangkan diri sebelum melakukan ujian calitan kerana dikhuatiri melatah.

Namun usaha Din tidak menjadi sebaik sahaja seorang petugas barisan hadapan mula melakukan ujian tersebut dengan memasukan alatan di bahagian hidungnya.

Din kemudiannya terkejut sebelum terbatuk-batuk dan terus bangun ‘menunjukkan’ penumbuk sambil melatah.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)


Gelagat spontan Din itu kemudiannya mengundang tawa mereka yang berada di lokasi berkenaan.

Dalam pada itu ruangan komen rata-ratanya terhbir dengan gelagat Din Latah.

Selain Din, kumpulan Teruna juga dianggaotai oleh Ilham Abata dan Johan As’ari.

Muzikal Lawak Superstar musim kedua (MLS2) kini kembali membuka tirai pada Jumaat ini selepas ditangguhkan untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakkan yang dilaksanakan buat kali kedua sebelum ini.

MLS2 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107).

MLS2 juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand serta platform digital melalui saluran YouTube rasmi Astro Gempak.

Untuk perkembangan terkini MLS2, layari laman web rasmi Muzikal Lawak Superstar 2 DI SINI.

Untuk mengundi bintang kegemaran anda mudah sahaja, KLIK DI SINI.