Majalah berpengaruh, TIME mengumumkan BTS sebagai Entertainer of the Year atau Penghibur Sepanjang Tahun bagi tahun 2020.

Pengumuman itu dibuat pada Khamis (11/12/2020) menerusi sebuah video dalam saluran YouTube TIME.

Menurut pihak TIME, pemilihan BTS cukup signifikan dengan segala pencapaian yang diperoleh tujuh anak muda itu pada tahun ini.

"Mereka bukan sahaja menguasai carta lagu, tetapi menjadi kumpulan berpengaruh di dunia.

"Dengan menghasilkan karya karya yang terjual laris dan mencipta rekod sepanjang tahun 2020 pada saat sukar kerana pandemik Covid 19 dan tetap berhubung dengan peminat dari seluruh dunia dalam cara tersendiri, ini telah cukup membuat BTS layak," tulis wakil TIME, Raisa Bruner.



Sementara itu, salah seorang anggota kumpulan K Pop tersohor ini, RM, mengatakan bahawa tahun 2020 adalah tahun terbaik dan terburuk buat mereka. Meski demikian, dia tetap menyifatkan 2020 sebagai sebuah tahun yang istimewa.

"Hal terburuk yang terjadi ke atas kami adalah apabila perlu membatalkan persembahan kami di sepanjang tahun ini kerana pandemik Covid 19.

"Namun, yang terbaik, lagu kami berada di tangga teratas puncak carta Billboard Hot 100," kata ketua kumpulan tersebut bahagia dalam sebuah potongan video.

BTS memang telah melakar banyak sejarah dan rekod sepanjang 2020. Mereka antaranya memenangi anugerah pertama di Grammy Awards untuk Best pop duo/group performance menerusi hit Dynamite.

Lagu Dynamite juga membawa BTS menjadi juara dalam kebanyakan carta lagu bukan sahaja di Korea, tetapi di seluruh dunia.

Kredit Foto: TIME