Tindakan Frontier Berkelakuan Kasar Terhadap Khabib Makan Diri
Ketenangan bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov ketika menangani konflik sebelum meninggalkan pesawat, Frontier Airlines, mendapat pujian ramai.
Khabib dilihat sempat berunding dengan kru kabin penerbangan berkenaan sebelum memilih untuk turun dari pesawat.
Khabib kononnya diarah mengubah tempat duduknya hanya kerana rungutan seorang wanita yang tidak begitu senang dengan kehadiran secara berdekatan.
Khabib kemudian tampil menjelaskan situasi berkenaan dengan melabel pramugari tersebut bersikap kasar terhadapnya sambil melahirkan kekeliruannya mengapa dia harus mengubah duduknya tanpa sebarang alasan munasabah.
Situasi itu, bagaimanapun, tidak menghalang jurulatih sukan tempur dari Rusia tersebut untuk meneruskan perjalanannya dengan memilih syarikat penerbangan berbeza -- sejam setengah selepas kejadian terbabit.
Sebentar tadi, Frontier Airlines mengeluarkan satu kenyataan bahawa mereka mengambil maklum kejadian terbabit.
Sumber: Astro AWANI