Tindakan Kawannya Memang Mulia, Saya Gembira Lihat Selena Sihat – Nick Jonas

Mya Amri
September 21, 2017 14:44 MYT
Bekas kekasih Selena Gomez, Nick Jonas akui terkejut sebaik sahaja mengetahui penyanyi itu melakukan pembedahan pemindahan buah pinggang kerana penyakit Lupus.
Kata Jonas dia mengetahui berita tersebut melalui akaun Instagram Selena baru-baru ini.
“Saya tidak tahu mengenai perkara tersebut dan terkejut sama seperti orang lain. Saya hanya tahu selepas melihat akaun Instagramnya.
“Wow! Dia seorang yang hebat. Kekuatan yang ditunjukkan oleh Selena selepas melalui semua itu sangat memberi inspirasi kepada umum,” katanya seperti yang dilapor Just Jared.com.
Dalam pada itu, Nick juga turut memuji sahabat Selena yang sanggup mendermakan buah pinggangnya dan melabelkan tindakan itu sebagai perkara mulia.
“Tindakan kawannya adalah sesuatu yang patut dipuji dan saya gembira mereka semakin sihat,” ujarnya.
#Selena Gomez #Artis Hollywood #Nick Jonas