Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

"Tindakan Pihak Polis Kini Adalah Keras" - Ismail Sabri

Asraf Aided 02/04/2020 | 09:49 MYT
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa tindakan pihak polis dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini berada di tahap yang keras.
Menurut Ismail, pihak polis sebelum ini telah menjalankan tugas dengan berlembut dan menasihat, kemudian bertukar kepada mod tegas, kini tahap yang keras dilaksanakan untuk memastikan semua rakyat terus patuh terhadap PKP.
"Seramai 4189 individu telahpun ditahan sepanjang tempoh PKP dimana 1449 telahpun dituduh di mahkamah, ada di antaranya telahpun dijatuhkan hukuman.
"Tindakan pihak polis diteruskan seperti biasa, dan kini tindakan mereka adalah di tahap yang keras.
"Pada mulanya berlembut dan menasihat, kemudian bertegas, dan kini mod pihak polis adalah keras," katanya.
Beliau berkata demikian dalam Sidang Media Harian COVID-19 bertempat di Putrajaya hari ini.
Dalam pada itu, Ismail bagi pihak kerajaan mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang mematuhi PKP dengan baik.
"Jadi, kita harap agar rakyat terus mematuhinya, dan kepada yang patuh, saya bagi pihak kerajaan ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada rakyat," katanya lagi.
Sebagai rakyat Malaysia, mari kita sama-sama bersikap positif dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan untuk menghentikan penularan wabak COVID-19 dengan segera.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan menggunakan sabun selama sekurang-kurangnya 20 saat, pakai topeng muka ketika perlu, gunakan 'sanitizer', amalkan penjarakkan sosial serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Sumber : BH TV
#Polis #COVID-19 #Ismail Sabri
;