Laman Utama
“Tindakan Susulan Ke Atas Pemandu…” Didakwa Sengaja Tinggal Penumpang Lewat Seminit, Mara Liner Tampil Mohon Maaf
Syarikat pengangkutan bas, Mara Liner Sdn Bhd tampil membuat permohonan maaf kepada semua pihak susulan tindakan pemandunya meninggalkan penumpang sehingga tular di media sosial baru-baru ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zachary Ismail pihaknya turut memberi jaminan bahawa insiden berkenaan tidak akan berulang lagi pada masa hadapan.
“Pengurusan MARALiner kesal di atas insiden yang telah berlaku kepada penumpang bas ekspres MARALiner Kuala Terengganu - Melaka tempoh hari.
“Kami telah menghubungi penumpang terbabit bagi menzahirkan permohonan maaf dan rasa kesal,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu menerusi kenyataan yang sama, pihaknya memaklumkan siasatan dalaman juga dibuat sejurus aduan tersebut diterima dan tindakan susulan ke atas pemandu terlibat juga telah diambil.
“Siasatan dalaman juga telah di mulakan sejurus selepas aduan diterima dan tindakan susulan ke atas pemandu terbabit juga telah diambil.
“MARALiner sekali lag memohon maaf kepada semua dan berharap insiden seperti ini tidak akan berulang lagi di masa hadapan,” jelasnya.
Terdahulu, tular di media sosial berkenaan dengan eorang penumpang ditinggalkan pemandu bas sebuah syarikat swasta kerana didakwa lambat menaiki kenderaan berkenaan selama satu minit dari yang dijadualkan.
Must-Watch Video