Laman Utama

Tinggal Beberapa Hari Lagi Nak Bersalin, Berat Ayda Jebat Hanya Naik 8kg!

gempak
Syafiqah Jalal
19/09/2021
07:53 MYT
Sponsor Banner
Tinggal Beberapa Hari Lagi Nak Bersalin, Berat Ayda Jebat Hanya Naik 8kg!
Pelakon Ayda Jebat memaklumkan dia kini menunggu beberapa hari lagi untuk melahirkan cahaya mata pertamanya.
Kata Ayda sepanjang sembilan bulan hamil, berat badannya hanya naik 8 kilogram (kg).
“Few more days to go! From 46kg to 54kg now. How about you mommies?” tanyanya.
Isteri kepada Nabil Mahir itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Ayda memuat naik fotonya bersama ‘baby bump’ yang kelihatan sarat.
Tinjauan Gempak menerusi komen-komen pengikutnya, rata-rata berkongsi perubahan berat yang mereka turut alami ketika hamil.
Tidak kurang juga ramai yang mengucapkan tahniah dan tak sabar menanti kelahiran puteri sulung mereka.
Ayda dijadualkan melahirkan secara pembedahan pada penghujung September ini.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live