Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Tinggal Di Rumah Mertua, Berat Badan Hafiz Suip Naik Mendadak

Ahmad Shah 14/09/2016 | 14:20 MYT

Penyanyi Hafiz Suip akui berat badannya naik sejak tinggal di rumah mertuanya.

Menurut Hafiz, dia tidak dapat menahan nafsu makan setiap kali melihat masakan ibu mertuanya.
"Alhamdulillah kehidupan lepas berkahwin ni saya rasa berat makin naik.
"Sekarang berat dalam 68 kg macam tu, saya pun tekejut sebab naik mendadak.
"Mak mertua saya suka masak dan saya pula jenis yang suka makan, apa lagi inilah hasilnya.
"Pendek kata tiga empat lauk atas meja itu perkara biasalah untuk kami," katanya ketika ditemui pada sidang media Taste Selebriti baru-baru ini.
Dalam pada itu, mengulas mengenai kehidupannya selepas bergelar suami, Hafiz memberitahu dia kini bersikap lebih matang.
"Secara jujurnya saya sendiri dapat rasakan perubahan yang berlaku pada diri saya.
"Bila dah jadi suami ni saya rasa lebih matang dalam membuat keputusan dan tidak terburu-buru.
"Benarlah seperti orang kata bila jadi suami ni tanggungjawab berat. Macam saya sendiri, saya perlu pandai bahagikan masa antara kerjaya dan keluarga.
"Isteri saya tiada masalah, dia pun faham dengan kerja saya.
"Cuma sebagai suami takkanlah kita nak kerja 24 jam, sekurang-kurangnya adalah sedikit masa rehat untuk bersama keluarga," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Hafiz bakal muncul dalam program terbaru Taste Selebriti yang akan menemui penonton bermula 26 September depan di Astro Bella (saluran 133) dan Astro Mustika HD (saluran 134) setiap Isnin, jam 9 malam.

#Hafiz Suip #Taste Selebriti
;