Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

Tinggal Isteri Sedang Berpantang, Ini Pesan Nubhan Sebelum Mengerjakan Umrah

Syafiqah Jalal 21/02/2019 | 08:28 MYT
Penyanyi Nubhan Ahmad telah berangkat ke tanah suci bersama ibunya untuk menunaikan ibadah umrah.
Namun Nubhan terpaksa meninggalkan isterinya Dr. Afifah Tawfek yang sedang berpantang bersama dua orang anaknya, Aaafiya, 2, dan Aaffan yang baru berusia sebulan.
Nubhan sempat berpesan kepada isterinya supaya menjaga diri serta anak-anak mereka dengan baik.
“Doakan perjalanan saya dan keluarga menunaikan umrah selamat pergi dan balik.
“Abah (Nubhan) dah mula rindu Afifah, Aafiya dan si comel affan.
“Ibu jaga pantang baik-baik okay...kiss piya n affan stiap 5 minit untuk abah ya,”tulisnya.
Nubhan berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Penyanyi Kisah Kasih itu berkongsi fotonya bersama ibunya ketika berada di dalam kapal terbang sebelum berangkat ke Mekah.
Nubhan dan Afifah mendirikan rumah tangga pada Ogos 2015.

Doakan perjalanan saya dan keluarga menunaikan umrah selamat pergi & balik. Abah dah start rindu @fie_tawfek @little_aafiya n si comel affan. Ibu jaga pantang baik2 k...kiss piya n affan stiap 5 minit utk abah ya ❤️

A post shared by NEW “SELAMAT JLN, CINTA” (@nubhan.ahamad) on

#Penyanyi #Umrah #Penyanyi #Nubhan Ahmad
;