Tinggal Kenangan, Pelakon Mak Lampir Meninggal Dunia
Watak yang mempunyai rupa paras berwarna hijau pastinya menjadi igauan ngeri kanak-kanak sekitar tahun berkenaan.
Namun, kelmarin pelakon yang membawa watak Mak Lampir, Farida Pasha telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 68 tahun.
Perkara itu disahkan oleh penyanyi Ify Alyssa yang merupakan cucu Farida menerusi satu posting di Instagramnya semalam.
"Innalillahiwainnailaihirojiun. Telah pulang ke Rahmatullah Ibunda/Nenek kami tercinta Hj Farida Pasha Ali Huse.
"Atas segala kekhilafan beliau semasa hidupnya kami mohon dibukakan pintu maaf yang sebesar-besarnya," katanya.
Untuk rekod, Farida Pasha lahir di Tasikmalaya pada 1952.
Nama Farida mulai dikenal ketika membintangi filem Guna-Guna Istri Muda pada tahun 1977 yang juga dibintangi oleh Rina Hasyim dan Roy Marten.
Sumber: Kompas