gaya hidup

Tinggal Lagi 0.6% Nak BALIK KAMPUNG Tapi Awas! Jangan Lupa Diri, Kalau Tak Sihat, Tangguhkan, Elak Berhimpun

Afiza Kamarulzaman
09/10/2021
00:12 MYT
Setakat hari ini kadar vaksinasi sudah mencecah 89.4%. Tak lama lagi tu nak dapat rentas negeri. Ramai berpendapat mungkin dalam minggu depan, rakyat Malaysia sudah boleh merentas negeri untuk pulang ke kampung halaman. Ia berita yang mengembirakan walaupun hakikatnya ada kerisauan juga bertitik di hati setiap orang.
Walaupun awalnya, ada yang menjangkakan kerajaan akan membuat SOP khas sempena kebenara merentas negeri seperti memberi kebenaran hanya kepada mereka yang sudah divaksin dua dos, tapi nampaknya ia seolah-olah sukar untuk dilaksanankan.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan kerajaan tidak mahu mewujudkan terlalu banyak SOP untuk rentas negeri, selaras persediaan negara untuk keluar daripada pandemik.
"Kita dah sampai tahap 90 peratus populasi dewasa lengkap divaksin. Sekarang yang perlu adalah kawalan kendiri dan pemerkasaan individu dan komuniti.
"Saranan yang saya dan Ketua Pengarah Kesihatan maklumkan (kekal patuhi SOP dan laksana ujian kendiri sebelum rentas negeri) itu sudah terbaik untuk pastikan kita tidak bawa pulang virus dan keluarga di kampung kekal selamat," katanya.
Pada masa sama, beliau memberi jaminan polis akan terus melaksanakan Operasi Pematuhan Pemantauan (Ops Patuh) bagi memantau jika ada individu tidak divaksin yang melanggar SOP digariskan.
"Polis akan terus ke kedai makan secara rawak dan memeriksa sama ada pelanggan sudah divaksin atau tidak. Jika didapati ada yang tidak divaksin, pelanggan dan pemilik premis akan dikenakan kompaun," katanya.
Buat Ujian Kendiri, Usah Balik Kalau Bergejala
Walaupun ia tidak diwajibkan dan pihak kerajaan nampaknya memberi sepenuh kebebasan dan kepercayaan kepada rakyat untuk jaga diri sendiri, namun kita sangat berharap rakyat Malaysia kekal dengan gaya hidup normal baharu dengan menitikberatkan SOP walau di mana mereka berada.
Anda dinasihatkan untuk melakukan ujian kendiri sebelum memulakan aktiviti merentasn negeri sebagai persediaan. Jika terdapat gejala seperti demam, selsema atau batuk, tolong tangguhkan dulu perjalanan sehingga anda benar-benar sihat.
Sekiranya mempunyai kontak rapat dengan mereka yang didapati postifi Covid-19, anda juga dinasihati untuk berlaku jujur dengan membuat kuarantin kendiri sehingga benar-benar bebas virus itu.
Apabila sudah dapat merentas negeri nanti, jangan lupa diri. Kita faham ramai teruja untuk bertemu keluarga yang dirindui tapi sentiasa ingatkan diri dengan sentiasa menjaga kebersihan dengan selalu mencuci tangan, tidak berhimpun beramai-ramai dalam tempat sempit dan kurangkan aktiviti sosial.
Selamat merentas negeri, jaga diri dan orang sekeliling. Ya, kini sudah vaksin sebagai perlindungan tapi kita juga harus kekal waspada untuk keselamatan maksimum.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

"Kes Aktif Meningkat Kerana Pembukaan Semula Rentas Negeri" - DG Hisham

gempak
23/11/2021
23:50 MYT
Ada peningkatan semula selepas 10 minggu...
Laman Utama

COVID-19: Angka Harian Kes Lepasi 6,000

gempak
22/10/2021
10:10 MYT
Sila patuh SOP.
Laman Utama

“Kau Buat Orang Nampak Teruk, Happy Balik Kampung”- Nadir Al Nuri Kena Kecam Lagi, Karikatur Buat Ramai Tersinggung?

gempak
16/10/2021
01:30 MYT
Cuba positif guys!
Laman Utama

Hafiz Mahamad Nak Sponsor Tiket Bas Untuk Mereka Yang Tak Mampu Nak Balik Kampung

gempak
14/10/2021
02:45 MYT
Semoga dipermudahkan niat baik Hafiz...
Laman Utama

“Memang Perlu Datang 4 Jam Awal Untuk…”- Mila Jirin Kongsi Tip & Prosedur Bercuti Ke Langkawi

gempak
13/10/2021
09:45 MYT
Wah nak bercuti ke Langkawi juga lah!