Hiburan
Tinggalkan Karakter Klise, Ummi Nazeera Ingin Uji Diri dengan Watak Baharu - “Saya Tahu Mungkin Ada Yang Takut….”
Pelakon, Ummi Nazeera akui gementar sekiranya peminat atau penonton meletakkan harapan yang tinggi dalam setiap projek yang diterajuinya.
Bagaimanapun menurut pemilik nama Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin, dia mengambil perkara tersebut sebagai satu perkara yang positif dan cuba untuk memberikan yang terbaik buat peminatnya.
“Sebab tu saya nervous bila orang kata macam tu.Tapi saya rasa itu adalah sesuatu yang bagus, sebab itu saya sebagai pelakon saya kena pandai memilih naskah dan tidak boleh main-main ketika bekerja.
Ummi Nazeera ditemui Gempak ketika menghadiri watch party drama Andai Tiada Dia baru-baru ini di Dashbox Cyberjaya.“Saya tidaklah mempunyai banyak drama dalam setahun, ini pun sebab saya bercuti lama, jadi sebab tu saya pilih betul-betul naskah yang saya mahu lakonkan agar peminat saya tidak kecewa,” katanya kepada Gempak.
Idamkan watak yang berbeza
Pada masa sama, pelakon yang popular dengan filem Gol & Gincu 2 ini juga menyatakan bahawa dia teringin membawakan watak yang berbeza dari kebiasaannya.Jelas Ummi, dia mengerti mungkin ada pihak yang tidak berani untuk memberikan dia karakter sedemikian kerana takut peminat tidak akan menyukainya.
“Saya mahu cuba sesuatu yang baru dan ambil risiko dalam lakonan saya, jadi sekiranya saya bawakan watak jahat anda semua boleh terima.“Saya tahu mungkin ada yang takut nak berikan saya watak jahat kerana takut penonton tak boleh terima.“Tambah pula saya selalu bawa karakter yang lembut dan baik tiba-tiba bawa watak jahat penonton akan marah. Tapi bagi saya peluang terutamanya peminat-peminat saya.
“Saya sebenarnya teringin nak berlakon untuk genre romantic comedy cuma mungkin sebab saya dah dicop dengan watak yang berat, saya faham cuma saya teringin untuk mencuba sesuatu yang baharu,” ujar Ummi.
Must-Watch Video