Tips Elak Batuk Di Musim Hujan

Mya Amri
Disember 26, 2017 14:29 MYT
Pada musim hujan, badan yang tidak memiliki antibodi yang cukup kuat mudah diserang penyakit.
Flu dan batuk merupakan penyakit yang paling popular pada musim hujan.
Mungkin ramai tidak tahu ada makanan popular yang diamalkan di Malaysia ketika diserang batuk.
1. Teh hijau dan teh chamomile
Sifat antivirus dan antibakteria yang ada dalam teh hijau dan teh chamomile menjadikan kandungan antioksidannya tinggi. Fungsi antioksidan adalah untuk memperkuatkan sistem antibodi, secara tidak langsung memberantas masalah flu dan batuk ketika musim hujan. Minum setidaknya 3-5 teh hijau atau chamomile setiap hari.
2. Cendawan
Cendawan bantu meningkatkan imunisasi tubuh. Cendawan juga mampu melindungi sistem tubuh daripada virus yang wujud ketika cuaca sejuk. Musim hujan, jadikanlah cendawan sebagai menu utama kerana ia dapat meningkatkan sel pembunuh virus yang ada di dalam tubuh.
3. Bawang putih
Menerusi kajian yang dilakukan ahli perubatan di negara barat, bawang putih dikatakan memiliki kemampuan dalam meningkatkan kadar enzim yang membantu detoksifikasi hati darah dengan efektif. Makan bawang putih mentah lebih baik kerana lebih tinggi manfaatnya!
4. Madu
Sebelum tidur minumlah madu yang dicampurkan dalam secawan susu suam. Minuman ini apabila diamalkan pada musim hujan akan membantu mengelakkan masalah flu dan batuk.
Bagaimanapun, jika sudah dijangkiti dengan batuk, anda boleh dapatkan ubat batuk Breacol yang dilengkapi dengan Guaifenesin.
Breacol dengan Guaifenesin dipercayai sejak turun-temurun untuk melegakan batuk serta mencairkan dan mengeluarkan kahak.
Jenama yang dipercayai sejak turun-temurun ini juga sangat berkesan meredakan gangguan dan keperitan kerongkong.
Foto: Instagram Stacy / Google
#Gaya Hidup