LAMAN UTAMA

Tips Mudah Sediakan Menu Sihat

Fiza Kamarudin 01/10/2020 | 10:23 MYT
Orang Malaysia ni memang suka sangat bab makan. Sebut sahaja dari Utara ke Selatan, ada saja makanan yang menjadi kegemaran semua.
Maklumlah, Malaysia memang kaya dengan makanan sedap-sedap. Namun begitu, ia bukanlah alasan bagi anda untuk makan apa sahaja makanan yang terhidang di depan mata. Bukankah lebih baik jika kita amalkan makanan sihat, untuk kesihatan berpanjangan.
Ada banyak cara yang boleh anda lakukan. Ini antara tip penyediaan menu makanan sihat yang boleh anda cuba:
1.Pilih Makanan Segar
Sumber segar seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ikan dan daging adalah sangat penting untuk tubuh badan kita. Apabila berpeluang untuk ke pasar, jangan lupa untuk membeli sayur-sayuran dan buah-buahan segar.
Bagi buah-buahan, selain boleh dimakan begitu sahaja, ia juga boleh dijadikan sebagai jus. Anda bolehlah menyimpan sayur-sayuran dan buah-buahan di ruangan khas yang kebiasaannya terletak di bahagian bawah peti sejuk bagi mengekalkan nutrien dan mengelakkannya daripada cepat rosak.
2.Ganti Snek Tidak Sihat Anak-anak Kepada Snek Yang Lebih Sihat
Seperti yang kita tahu, kanak-kanak amat menggemari hidangan snek seperti makanan dan minuman ringan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Antara hidangan yang sihat adalah seperti kekacang, keju, yogurt, buah-buahan segar, buah-buahan kering, atau telur rebus.
3. Mengurangkan Pengambilan Makanan Yang Diproses
Makanan yang telah diproses seperti sosej, kentang goreng dan sebagainya adalah makanan kurang sihat yang harus anda kurangkan. Sekiranya anda ingin membeli produk makanan yang telah diproses, pastikan anda melihat terlebih dahulu kandungan yang terdapat di dalam makanan tersebut. Pilihlah produk yang kurang mengandungi bahan-bahan seperti lemak tepu, gula dan juga garam.
Sebenarnya memasak di rumah lebih baik dan menyihatkan! Kebersihannya terjamin dan kuantiti garam serta gula boleh disesuaikan mengikut citarasa anda.
Dengan Thermos Food Jar, tidak perlu risau tentang kesegaran makanan yang dimasak kerana produk ini dilengkapi dengan Teknologi Penebat Vakum Thermos®.
Teknologi Penebat Vakum Thermos® mampu mengekalkan suhu maksimum makanan yang dimasak dengan adanya ruang tanpa udara di antara dua dinding.
Menarikkan? Suhu makanan akan kekal panas dan sejuk serta boleh dinikmati bila-bila masa dan di mana sahaja.
Ada lagi yang best tau… Thermos Food Jar ni sudah terbukti tahan lasak dan tahan bocor ya! Jadi, tak perlu bimbang untuk bawa bekal makanan setiap hari.
Untuk anda yang memilih membawa nasi bersama lauk-pauk, anda boleh mendapatkan Thermos Lunch Box 3 Tiers. Bolehlah asingkan nasi dengan lauk-pauk dalam bekas berbeza.
Jangan risau tentang kebersihan dan ketahanannya walaupun anda menggunakannya setiap hari! Ini kerana Thermos Food Jar dan bahagian luar Lunch Box 3 Tiers dihasilkan daripada keluli tahan karat 304 yang berkualiti dan tahan lebih lama.
Thermos Food Jar dan Lunch Box 3 Tiers bukan sahaja memiliki kualiti terbaik dengan waranti sehingga 5 tahun tetapi dengan menggunakan produk-produk ini anda dapat menjimatkan lebih banyak masa!
Dengan Thermos Food Jar, sambil-sambil memandu ke ofis atau dalam perjalanan ke sekolah, bekal dah siap dengan sendiri dengan adanya fungsi insulasi masakan!
Nak makan makanan yang segar dan masih panas? Selain Thermos Food Jar, anda boleh gunakan Lunch Box 3 Tiers untuk makanan kekal panas lebih lama. Makanan pun segar dan paling penting boleh makan panas-panas… Ha, barulah membangkitkan selera!
Sekarang ni kan, kita semua mengamalkan gaya hidup norma baharu, memang sesuai sangat kalau bawa bekal sendiri dari rumah.
Tunggu apa lagi, jom lah tukar bekas biasa anda kepada Thermos Food Jar atau Lunch Box 3 Tiers sekarang!
Untuk maklumat lanjut dan mendapatkan diskaun 25% untuk produk-produk Thermos, klik Thermos Malaysia dan masukkan code: P25GEMPAK.
Nikmati Thermos Food Jar dan Lunch Box 3 Tiers anda dengan harga istimewa bermula 28 September sehingga 11 Oktober ini.
Jom cuba resipi ini:
Bubur ayam bersama epal dan bonito flakes
Bahan-bahannya ialah: Cara menyediakannya:
  1. Panaskan Thermos Food Jar dengan air panas, kemudian tuangkan air tersebut ke dalam mangkuk. Masukkan isi ayam ke dalam Thermos Food jar dan tuangkan air panas. Tutup dengan rapi dan goncangkan perlahan-lahan.
  2. Tunggu 1 minit dan buangkan airnya ke dalam mangkuk. Masukkan bonito flakes, baby spinach dan epal.
  3. Masukkan air panas mendidih ke dalam Thermos Food Jar, kacau semua bahan sehingga sebati. Tutup kemas dan goncang perlahan.
  4. Biarkan selama 30 minit dan kemudian buangkan air. Kacau lagi bahan sehingga rata semuanya. Masukkan air panas mendidih sehingga ¾ penuh, tutup rapi dan goncang perlahan-lahan. Rehatkan selama 90 minit. Dan…siap! Nak sedap lagi, potong halus daun bawang dan taburkan…Cubalah
#Gaya Hidup #Advertorial #Thermos