Penyanyi, pelawak dan pelakon Joey Daud menafikan filem 10 Tips Tipu Bini mengangkat isu negatif dan menggalakkan para suami untuk menipu isteri masing-masing.
Menurut Joey filem tersebut merupakan komedi ringan tetapi ia berlaku setiap hari dalam kalangan masyarakat.
“Cuba bagitahu saya ada tak suami yang tidak menipu isteri? Tak kiralah penipuan kecil atau besar ia tetap dikira menipu.
“Dalam filem ini nanti boleh nampaklah macam mana para suami menggunakan taktik-taktik yang ‘power’ nak tipu bini sampai berjaya.
“Saya sendiri pernah tipu bini, menipu kalau saya kata tak pernah langsung. Tapi itu dulu-dululah…Bohong sunat…,” katanya ketawa.
Joey berkata, ada beberapa pengajaran yang boleh diambil oleh para isteri selepas menonton filem arahan Azizi Chunk Adnan itu.
“Pengajarannya mudah, selepas dah tonton filem ini nanti para isteri dah boleh ‘aware’ la setiap kali suami cuba menipu.
“Apa-apa filem pun kalau kita ambil dari sudut positif maka positiflah ia. Lagi pun 10 Tips Tipu Bini adalah hiburan semata-mata. Memang untuk bergelak ketawa bersama keluarga.
“Tapi apa yang saya nampak, filem ini menunjukkan kepada kita semua tentang kesan sekiranya tiada kejujuran kepada pasangan masing-masing,” katanya positif.
Dalam pada itu Joey turut berkongsi pengalaman bekerja di set penggambaran bersama Awie yang juga penerbit filem 10 Tips Tipu Bini serta pelakon-pelakon lain seperti Ropie, Khir Rahman, Vicha, Nasir Bilal Khan, Jehan Miskin, Atu Zero, Azlee Senario, Nazia Mustafar dan ramai lagi.
“Yang saya tahu di set penggambaran kami semua ‘fun’ bekerja dalam keadaan gembira dan tidak tertekan.
“Walaupun terpaksa konvoi dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, rasa penat tu tak terasa langsung. Kami bekerja tanpa tekanan walaupun terpaksa mematuhi SOP sepanjang penggambaran,” katanya.
Filem berdurasi 104 minit ini mengisahkan tentang tiga sahabat baik Raff (Ropie), Kay (Khir Rahman) dan Jepp (Joey) yang bekerja sebagai Pengarah Kreatif di syarikat pengiklanan Grand Poyo Advertising & Events kepunyaan Dato’ Dean (Azlee Senario) di Kuala Lumpur.
Raff, Kay dan Jepp hebat di tempat kerja tetapi sebaliknya di rumah kerana takut dengan isteri masing-masing.
Mereka juga mempunyai kelab motor berkuasa tinggi Harley Davidson diberi nama Dubuk Liar. Raff, Kay dan Jepp selalu mempunyai keinginan untuk melakukan sesuatu tapi ‘takut-takut’.
Sehinggalah tiga orang gadis pelatih muncul di syarikat dan bekerja bersama mereka dan para suami yang mengalami masalah ‘krisis pertengahan umur’ ini mula memasang niat nakal untuk memikat tiga gadis tersebut.
Jadi bermulalah penipuan terhadap isteri masing-masing kerana mahu mendekati gadis-gadis muda iaitu Anna(Elizabeth Tan), Eisya (Amy Nur Tinie dan Sara (Monica Picca).
Nak tengok gelagat Raff, Kay dan Jepp menipu isteri mereka Aishah (Vicha), Khatijah (Ziema Din) dan Jas (Nazia Mustafar) nantikan 10 Tips Tipu Bini yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First (saluran 480) mulai 7 Januari ini.
Dengan hanya RM15, anda boleh menonton filem ini seisi keluarga secara berulang-ulang dalam tempoh 48 jam!
Fiza Kamarudin
Wed Jan 06 2021


“Dia Semangkuk Sup Pun Dah Okay, Saya Semua Benda Nak Makan” - Rain Sering Keluar Makan Tanpa Isteri
Boleh bayang mesti makanan Rain penuh satu meja hehe

Khai Bahar Teruja Dengan Suara Aina Abdul | Gempak TV | #EdisiDudukRumah
Bukan Khai je terpegun dengan suara Aina Abdul ni, min pun sama. Hahaha. Semoga korang berdua banyak lagi menghasilkan lagu duet bersama. Sumpah best suara diorang!

Yazmin Cikgu Serba Boleh | Gempak TV | #EdisiDudukRumah
Haa, khas utk korang kami bawakan Yazmin Aziz. Memang power laa dia ni. Banyak pula tu bahasa dia boleh cakap haha.

Nafas Cinta - Aina Abdul, Khai Bahar ft. Le'Lagoo Band | Gempak TV | #EdisiDudukRumah
Perghh. Min dah dengar dah kelunakkan suara diorang, so sekarang turn korang pula! Jom layan!

Uncle Nak Jawab SPM Lagi Tahun Depan | Gempak TV | #EdisiDudukRumah
Kitorang memang bagi 100% support untuk uncle. Walaupun uncle dah berumur, tapi semangat tu masih tebal dalam diri uncle. Goodluck Uncle!

#TravelMana: Nak Travel Solo Tapi Takut, Cabar Diri Dengan Enam Destinasi Selamat Ini, Confirm Puas Hati!
Tak cuba, tak tahu!

Khai Bahar Terpegun, Aina Abdul Teruja dan Uncle Nak Jawab SPM Lagi? | Gempak TV S2 - EPS 54 | #EdisiDudukRumah
Khas kami bawakan kepada korang, Aina Abdul dan Khai Bahar. Dengar kata diorang nak buat second duet, betul ke? Uncle jawab SPM lagi? Semuanya dalam Gempak TV!

Jadi Mangsa Kena Tinggal Kekasih, Aidil Maula Mengaku Susah Nak Move On! - "Hati Memang Kecil Tapi..."
Penyanyi baru yang sedang mencipta nama, Aidil Maula akui pernah patah hati dan ditinggalkan suatu ketika dahulu.

Biar Betul, Air Fryer 2 in 1 Ini Keluar Suara Siti Nurhaliza Menyanyi Bila Memasak!
Seronok lah masak ditemani Siti Nurhaliza

Pandai, Bad Boy Atau Mat Skema? 5 Watak Projek: Anchor SPM, Anda Mana Satu?
Korang mana satu?