Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Tipu Kalau Kami Tak Dibayangi Dengan Izzue Islam" - Forteen

Kamaruddin Razal
18/03/2019 13:00 MYT
Kumpulan Forteen yang dianggotai oleh Ameerais Azhar, One dan Ariz Lufias kini muncul dengan single terbaru berjudul Diam Saja.

Biarpun sudah tampil dengan single baru, mereka mengakui masih dibayangi oleh bekas anggota mereka, Izzue Islam.

"Selama lapan tahun kami berempat, 2019 menyaksikan kami hanya bertiga. Tipu kalau kami tak dibayangi Izzue.

"Tetapi, walaubagaimanapun, tahun 2019 menyaksikan kami mahu bergerak memandang ke hadapan.

"Kami mahu 'move on' dan memulakan hidup baru. Kami mahu menaiki tangga perlahan-lahan. Kami letakkan lagu baru ini sebagai harapan untuk semua peminat yang menyokong," kata One mewakili Forteen kepada HLive.

Forteen ditemui oleh HLive di majlis pelancaran single Diam Sahaja bertempat di pejabat pengurusan Indigital, Damansara Perdana baru-baru ini.

Single Diam Sahaja ini telah berada di YouTube mulai 1 Mac 2019 dan telah mendapat sambutan yang positif.


Muzik videonya pula masih dalam perbincangan dan dijangka akan dihasilkan dalam masa yang terdekat.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
#Penyanyi #Penyanyi #Forteen