Gaya Hidup

“Tipulah Kalau Tak Cuak” - Dr Che Hafiz Kongsi Risiko Para Doktor Berdepan Jangkitan COVID-19

gempak
Mya Amri
09/04/2020
08:01 MYT
Sponsor Banner
“Tipulah Kalau Tak Cuak” - Dr Che Hafiz Kongsi Risiko Para Doktor Berdepan Jangkitan COVID-19
Bekas suami kepada penyanyi Lufya Omar, Dr. Che Hafiz berkongsi dugaan yang dihadapi oleh petugas barisan hadapan dalam usaha mengekang penularan wabak pandemik COVID-29.
Hafiz berkongsi perkara itu menerusi coretan di akaun Instagram miliknya semalam.
Menerusi coretannya, Hafiz berharap rakyat Malaysia dapat mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) yang diarahkan oleh kerajaan dengan sebaiknya.
“Sebenarnya tak semua orang tahu dan betul-betul faham bagaimana kepayahan dan ujian yang dilalui seseorang itu sehingga bergelar doktor.
“Seperti contoh apa yang sedang berlaku sekarang di mana negara Kita dilanda penularan wabak COVID-19.
“Secara tidak langsung menjadi satu lagi ujian yang perlu dilalui buat doktor perubatan dan juga petugas kesihatan lain yang terlibat.
“Mereka ini tetap kena keluar rumah untuk bertugas dan perlu berdepan dengan risiko jangkitan wabak ini.
“Tipulah kalau tak cuak sebab virus ni boleh kena sesiapa sahaja kot, tak kenal orang dan boleh mengancam nyawa walaupun telah mengikut SOP dan langkah-langkah precaution yang telah ditetapkan ketika merawat pesakit.
“Tetapi dengan berbekalkan semangat yang ada, langkah berjaga-berjaga serta doa dan selalu fikirkan demi merealisasikan hasrat kerajaan membanteras wabak COVID-19 habis-habisan. Sampai perasaan cuak pun dah jadi lupa. “Apa-apa pun yang paling penting adalah ketika berada dalam waktu PKP fasa 2 ini lah yang juga akan mempengaruhi keputusan sama ada perlu dilanjutkan lagi atau tidak.
“Sama-samalah kita tunggu jawapan ya. Jangan lupa untuk sentiasa berdoa kepada semua frontliners yang terlibat seperti PDRM, anggota kesihatan, tentera, bomba, wartawan, tukang sapu dan yang lain-lain juga kalau ada yang terlupa saya tak sebut.
“Jangan lupa juga amalkan langkah-langkah pencegahan wabak dan penjagaan kesihatan yang disarankan supaya dapat menguatkan lagi daya pertahanan diri kita dan sentiasa ikut perintah untuk "Stay Home" manakala kami pula akan teruskan perjuangan mulia ini,” kongsinya.
Perlanjutan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP)?? Lawan Tetap Lawan !! kita sudah sedia maklum negara sedang menghadapi ujian besar penularan wabak virus baru coronavirus (Covid-19). Sebenarnya tak semua orang tahu dan betul2 faham bagaimana kepayahan dan ujian yang dilalui seseorang itu sehingga bergelar doktor. Seperti contoh apa yang sedang berlaku sekarang di mana negara Kita dilanda penularan wabak covid-19 Secara tidak langsung menjadi satu lagi ujian yang perlu dilalui buat doktor perubatan dan juga petugas kesihatan lain yang terlibat.Mereka ini tetap Kene keluar rumah untuk bertugas dan perlu berdepan dengan risiko jangkitan wabak ini tipulah Kalau tak cuak sebab virus ni boleh kena sesiapa sahaja kot tak kenal orang dan boleh mengancam nyawa walapun telah mengikut SOP dan langkah2 precaution yg telah ditetapkan ketika merawat pesakit.Tetapi dengan berbekalkan semangat yg ada, langkah berjaga2 Serta doa dan selalu fikirkan demi merealisasikan hasrat kerajaan membanteras wabak covid-19 habis-habisan..sampai perasaan cuak pun dah jadi lupa.. Apa2 pun yang paling penting adalah ketika berada dlm waktu PKP fasa 2 ini lah yang juga akan mempengaruhi keputusan sama ada perlu dilanjutkan lagi atau tidak. Sama2 lah Kita tunggu jawapan ya. Jangan lupa untuk sentiasa berdoa kepada semua frontliners yg terlibat spt PDRM,Anggota kesihatan, Tentera, Bomba,wartawan ,Tukang sapu dan yang lain2 juga Kalau ada yg terlupa sy tak sebut. Jangan lupa juga amalkan langkah2 pencegahan wabak dan penjagaan kesihatan yg disarankan supaya dpt menguatkan lagi daya pertahanan diri kita dan sentiasa ikut perintah untuk "Stay Home" manakala kami pula akan teruskan perjuangan mulia ini. ????? #sayangkannegara?? #stayhome #fightcovid19together #medicalteamstandby
A post shared by Dr Che Hafiz (@drchehafiz) on
Buat pembaca Gempak, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live