Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Tipulah Kalau Tak Risau…”- Anak Lambat Cakap, Tasha Manshahar Minta Jangan Bandingkan

Syafiqah Jalal
08/06/2022 09:48 MYT
Penyanyi Tasha Manshahar akui pernah terlalu bimbangkan anak sulungnya, Muammar Rafiqi kerana belum mengeluarkan apa-apa perkataan meskipun ketika itu berumur sudah mencecah setahun enam bulan.

Kata Tasha ketika itu dia tersentak selepas membuat pemeriksaan dan doktor bertanyakan mengenai perkembangan anaknya.

“There was one time I sangat risau sebab Muammar belum sebut apa-apa perkataan. Kalau ikut guideline, Muammar kira lambat jugak bercakap. Pernah masa pergi check up 1year 6 month, doktor tanya perkataan apa je dia dah sebut. I kata, “takde”. Sebab memang takde.

“Dia buat bunyi, tapi takde perkataan bermakna. Apa maksud perkataan bermakna? Contoh anak sebut “mama” dan mama tu memang dia tujukan untuk ibu dia. Bukan semua benda “mamamamamama”.

“Tu tak dikira perkataan bermakna. Contoh lain, susu. Contoh dia sebut “shu” walaupun pelat, tapi dia sebut bila dia nak susu. Dan kita faham perkataan “shu” tu dia maksudkan susu. Tu dikira perkataan bermakna. Faham kan? Generally, 1year 6 month anak dah mula sebut beberapa perkataan bermakna. Tp Muammar langsung tak ada masa tu,” katanya.

Tasha berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri itu, dia memuat naik fotonya bersama Muammar Rafiqi yang kini sudah berusia tiga tahun.

Tidak menafikan kekurangan anaknya itu, Tasha memberitahu dia memberi peluang untuk anak mendapatkan bantuan sebelum umurnya cecah dua tahun.

“Lagi pula doktor tanya jika kami nak dia buatkan referral letter ke therapist. As first-timea mom, tipulah kalau tak risau. Tapi at the same time, tak adil untuk Muammar kalau I in denial. For me, if kita betul sayang anak kita, kita patut bagi peluang untuk dia dapatkan bantuan kalau dia memang perlukan. Itu hak dia.

“Jadi I discuss dengan Raqib, then we decided untuk bagi masa sampai dia 2 tahun. Jadi dalam tempoh ni kami cuba macam-macam. Alhamdulillah, masa umur 2 tahun dah mula ada perkataan bermakna. Kami continue lagi usaha, dan seingat I masa dia nak masuk 2 year 6 months, dia dah boleh gabung 2 - 3 perkataan,” beritahunya.

Kini, Tasha sudah boleh menarik nafas lega apabila Muammar sudah menunjukkan perkembangan positif.

“Lambat sikit kan? Tapi ada progress Alhamdulillah. Ni dah nak masuk 3 tahun Jun 2022, masyaAllah tabarakAllah, dah boleh buat ayat lengkap, dah boleh buat kawan borak, dah pandai nyanyi. Ahamdulillah what makes me feel like sharing this is because yesterday I belikan dia nugget, sambil buka box nugget tu dia cakap;

“Asheh mami beyi naget” (terima kasih mommy beli nugget).

“And this morning before Raqib left to work, Muammar tgh main toys baru dia, tiba2 dia ckp,
“Asheh dedi beyi ball” (terima kasih dedi beli ball),”
ceritanya.

Justeru, Tasha meminta supaya jangan membandingkan dengan anak-anak lain.

“Banyak ayat lain dia dah cakap tapi ayat atas ni sangat random terus I teringat masa I risau dia “Lambat cakap dulu. Setiap anak progress dia bearbeza-beza. Don’t compare. Tapi as parents, do our best to help them, appreciate them sebab sesungguhnya anak-anak ni lah yang ajarkan kita banyak perkara. Semoga anak-anak kita sentiasa dalam lindungan Allah,” tambahnya.

Sekadar info, Tasha berkahwin dengan Raqib Majib pada 8 September 2018 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muammar Rafiqi, tiga tahun dan Mateen Rizqi.

A post shared by @tashamanshahar

#Penyanyi #Anak #Tasha Manshahar #Ibu #Delay #Lambat Cakap #'Speech
;