Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Tipulah Kata Dia Tak Nak" - Ramona Zamzam Dedah Takut Sakit Lakukan Hubungan Seks Dengan Suami Selepas Bersalin

Amri Hassan
10/03/2021 06:25 MYT
Kelambu dingin, topik panas yang dibincangkan dalam rancangan bual bicara Borak Kelamin pada Isnin lalu.

Bagi yang terlepas, Borak Kelamin episod kedua mengupas perihal kedinginan pasangan suami isteri dalam melakukan hubungan seksual disebabkan beberapa faktor.

BACA: Malam Ini Guys... Borak Kelamin Bincang Topik Kelambu Dingin, Haa Menarik Kan?

Pelakon cantik Ramona Zamzam bercerita mengenai situasi yang pernah dilalui selepas berpantang yang disifatkannya sebagai masalah kelambu dingin.

"Seingat saya situasi kelambu dingin pernah jadi kepada saya selepas beranak, terutamanya pada tahun pertama.

"Yang saya perasan selepas berpantang, saya takut dan fobia untuk bersama suami.

"Ya, saya ikut betul-betul cara berpantang 100 hari seperti yang kebanyakan orang amalkan, selepas itu saya rasa terjadinya kelambu dingin.

"Bukan tak mahu bersama suami, tetapi saya takut sakit, mungkin kerana saya bersalin normal. Untuk mengadakan hubungan intim itu menakutkan," katanya.

A post shared by ?????? ?????? (@ramonazamzam)


Bagaimanapun, suami Ramona, Rami Alashkar tidak memaksa malah memahami situasi yang dilalui isterinya itu.

"Tipulah kata dia tak nak, tapi dia memahami. Dia sangat gentle dan itu membuatkan saya lebih relaks, kemudiannya kami berkomunikasi," tambahnya yang mengakui keinginan untuk bersama suami lebih bertambah selepas bersalin anak sulung.

Sementara itu, Pengasas Bijak Emosi dan Kaunselor Keluarga, Ahmad Fadzli Abd Aziz berkata, masalah hubungan seks dingin antara pasangan suami isteri didorong oleh beberapa faktor.

Antaranya masalah kesihatan yang terdiri daripada isu fizikal dan mental terutamanya depresi serta pengambilan ubat-ubatan.

Selain itu, faktor social culture sekeliling, tekanan tempat kerja, stres berlebihan dan gaya hidup kurang sihat menyebabkan penurunan libido seseorang.

Borak Kelamin dihoskan oleh Elly Mazlein dan Awal Ashaari yang mengupas isu berkaitan rumah tangga yang sering dianggap tabu atau sensitif untuk dibincang secara terbuka.

Untuk mengetahui lebih banyak lagi tentang tips dan informasi isu tersebut, jangan lupa tonton Borak Kelamin di Astro Ria setiap Isnin pukul 9 malam.

Bagi yang terlepas boleh menonton Borak Kelamin di Astro GO dan On Demand.

#Elly Mazlein #Awal Ashaari #Astro Ria #Ramona Zamzam #Suami #Borak Kelamin
;